Thursday, February 2, 2012

ANAK KECIL MAIN API... MELAYU PALING RAMAI TIDAK DAFTAR MENGUNDI?


Melayu paling ramai tidak daftar mengundi

PULAU PINANG 31 Jan. - Orang Melayu dikesan paling ramai tidak mendaftar sebagai pengundi walaupun layak berbuat demikian.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, berdasarkan kajian pihaknya mendapati orang Melayu memandang remeh perkara itu dengan memberikan pelbagai alasan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan sebenar orang Melayu yang terbabit daripada jumlah terkini 3.7 juta orang yang layak mendaftar tetapi tidak berbuat demikian.

"Ada yang memberi alasan bahawa mereka terlalu sibuk dengan urusan harian sehingga tiada masa untuk mendaftar. Malah ada yang mengatakan tidak ada perubahan besar akan berlaku dengan hanya satu undi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada pegawai pengurus pilihan raya negeri di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Sehubungan itu, Abdul Aziz menasihatkan golongan itu agar segera berbuat demikian bagi membolehkan mereka menunaikan hak dan tanggungjawab pada pilihan raya umum nanti.

Dalam perkembangan lain beliau memberitahu, hanya 50 responden memberikan maklum malas daripada 42,057 orang yang disenaraikan sebagai pengundi meragukan.

"Daripada 50 orang itu, 26 masih aktif manakala 24 lagi tidak dapat dipastikan status mereka," jelasnya.

Oleh itu, katanya, seramai 42,031 nama lagi akan digugurkan daripada senarai pemilih selepas tarikh semakan berakhir hari ini.

Sementara itu Abdul Aziz menjelaskan, cadangan untuk mengadakan proses pengundian awal bagi pengundi di luar negara tidak dapat dilakukan dan akan kekal dengan kaedah sedia ada iaitu undi pos.

"SPR ada meminta kerjasama Wisma Putra untuk melaksanakannya, namun mereka tidak dapat melakukannya kerana pelbagai faktor. Antaranya jumlah pengundi yang ramai selain kedudukan mereka yang berselerak," katanya.



BELAJARLAH DARI KESILAPAN PRU12 LALU...

1 comment:

  1. terlampau tak kesah...lama2 kena belasah. Sikap tak peduli lama2 kena buli...kesian melayu. Tak pasrah lama2 kena menadah...oittt tak da melayu lain nak tolong ka....kelak semua melayu pedih melolong....

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...