Monday, February 6, 2012

MUSIBAT PAS AKAN BERPELUK DAN MENANGIS SEKALI LAGI DENGAN ELI KANGKANG...


SHAH ALAM, 6 FEB : Pihak Berkuasa Indonesia dilaporkan menahan seorang warga Malaysia yang menghilangkan diri tiga tahun lalu setelah dikaitkan dengan skandal gambar lucah Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong tiga tahun lalu.

Individu berkenaan dikatakan berlindung di Indonesia setelah gambar-gambar lucah itu disebarkan meluas menerusi Internet dan menimbulkan krisis kepimpinan dalam kerajaan negeri Selangor dan Parti Keadilan Rakyat(PKR) yang diwakili Elizabeth.

Individu berkenan di petik berkata bahawa keluarga beliau dan PKR membiayai kos sara hidup beliau di Batam selama ini.

Beliau ditahan oleh pihak imigresen setelah visanya tamat tempoh dan suspek didakwa menggunakan dokumen palsu untuk terus menetap di Indonesia, menurut laporan itu.

Pihak imigresen Batam mendapati individu terbabit mempunyai alamat rumah di Malaysia yang sama dengan Hilmi Malik, yang dikatakan bekas kekasih Elizabeth yang juga Adun Bukit Lanjan.

Skandal Wong tercetus apabila gambar-gambar lucah beliau diedarkan oleh pihak yang tidak dikenali.

Bagiamanapun Wong mendakwa beliau telah menjadi mangsa fitnah jahat pihak tertentu dan gambar-gambar itu diambil tanpa kebenarannya.

Justeru Wong didesak meletakkan jawatan, namun beliau terus dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

PKR juga tidak mengenakan sebarang tindakan terhadap beliau.

Penahanan individu terbabit oleh pihak imigresen Indonesia kini mendatangkan kemungkinan Wong dan PKR berdepan dengan pusingan baru skandal itu yang membawa persoalan mengenai pendirian parti itu bersabit isu-isu moral.

Jika pihak Indonesia menghantar balik suspek itu ke Malaysia, beliau sudah tentunya menjadi sasaran siasatan baru polis.

Butiran penuh yang memaksa beliau mencari perlindungan di Indonesia mungkin mendatangkan aib kepada pihak tertentu. - AntaraPos

PKR CELAKA... PASRASIT CELAKA... CELAKA SEMUA INI!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...