SHAH ALAM, 11 FEB: Selain isu hudud, Pas hari ini menyerlahkan seperkara lagi di mana parti itu bercanggah pendapat dengan parti komponen Pakatan Rakyat – konflik Palestin-Israel, yang sekali gus meletakkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang silang pendirian dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam blognya hari ini, Presiden Pas itu berkata partinya tidak dapat menerima pengiktirafan Israel sebagai syarat menamatkan kezaliman di Palestin kerana adalah "haram menerima kewujudan negara haram."
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan keselamatan Israel harus dilindungi dengan syarat negara itu mengiktiraf hak-hak rakyat Palestin.
Hadi menegaskan pihaknya hanya mengiktiraf satu negara Palestin manakala Israel tidak wujud sama sekali.
Tidak dapat dipastikan kenapa Hadi memilih sekarang untuk menyatakan pendirian parti itu dan tidak jelas setkat ini kesan kenyataan itu ke atas hubungan Pas dengan parti-parti lain dalam Pakatan.
Adalah difahamkan bahawa DAP juga bersetuju terhadap pengiktirafan Israel sekiranya hak rakyat Palestin dilindungi daripada kekejaman Zionis.
Malaysia adalah penyokong utama usaha memartabatkan rakyat Palestin di luar bumi Arab dan telah memberi pelbagai sokongan termasuk bantuan kewangan dan kemanusiaan untuk mengurangkan penderitaan penduduk di situ.
Pendirian bercanggah terhadap isu Palestin di antara Anwar dan Hadi membuka jendela untuk mengintip masalah menetapkan dasar-dasar luar negara yang mungkin berlaku sekirannya Pakatan memegang kuasa pada pilihanraya umum ke 13.
Sehingga sekarang, Pas, PKR dan DAP gagal untuk menangani isu perlaksanaan hukum hudud yang dituntut oleh Pas. Parti itu Cuma bersetuju dengan DAP dan PKR untuk tidak menjadikannya sebagai sebahagian daripada manifesto bagi menghadapi PRU 13.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang akur kalangan negara Arab menerima penyelesaian secara mewujudkan dua negara, tetapi menegaskan Palestin bukan hak orang Arab sahaja.
"Palestin adalah hak umat Islam seluruhnya. Kalangan penganut agama Yahudi yang kuat berpegang dengan agama Yahudi menolak wujudnya negara Israel dan menghukumnya dosa besar kerana tindakannya adalah menggali kubur untuk kaum Yahudi sendiri, yang disedari melakukan jenayah dosa besar, membasahi bumi Palastin dengan darah para anbiya dan ulama yang soleh," katanya lagi.
Hadi berkata, bumi Palestin adalah antara tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah.
Menurut Abdul Hadi, negara bernama Israel sebenarnya tidak wujud dalam peta dunia sejak Allah mencipta bumi.
"Negara ini diwujudkan secara haram oleh kuasa besar dunia selepas perang dunia kedua bagi mengotakan Perjanjian Balfore yang melibatkan British yang dibantu oleh Yahudi, sejak Perang Dunia Pertama lagi," kata Hadi.
"Negara ini hukumnya haram mengikut hukum agama dan undang-undang antarabangsa ciptaan manusia.Ini kerana ia merampas daripada penduduk asalnya dan menghalau sebahagian besar daripada mereka," tambah beliau.
Abdul Hadi berkata adalah perkara wajib untuk ummah membebaskan Palestin sepenuhnya dan membela saudara mereka yang dizalimi, dan penerimaan Israel melanggar prinsip itu.
"Haram menerima kewujudan negara haram," katanya. - AntaraPos
Komen PengundiBaharu: Malas nak komen panjang-panjang. PAS sudah tak ada jalan lain kecuali keluar dari Gabungan bernama Pakatan Haram. Itu pun kalau PAS rasa Parti Islam itu masih ada maruah!
hari ni baru pas perlihatkan kejantanannya. keluarlah dari pakatan haram itu..selamatkan akidah islam bersama hassan ali...
ReplyDelete