KUALA LUMPUR, 12 FEB: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata perbezaan pendapat di kalangan pemimpin parti dalam Pakatan Rakyat adalah satu perkara biasa dan tidak akan menjadi satu 'masalah besar'.
Menurutnya, perbezaan pendapat dan pandangan adalah satu perkara biasa dalam Pakatan namun disebalik perbezaan tersebut, ada titik persamaan yang dipersetujui dalam konvensyen Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan yang adil untuk rakyat seluruhnya.
"(Percanggahan) itu, tidak besar. Dalam Umno ada percanggahan pendapat, antara Tun Dr Mahathir dengan perdana menteri. Ada percanggahan pendapat dalam MCA bahkan ada krisis.
Kita bercanggah, tapi tidak krisis... Kita utamakan perubahan dalam negara terlebih dahulu," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat.
Abdul Hadi berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai perbezaan pendapat antara partinya dengan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu Israel dan negara Palestin.
Sehubungan itu, katanya lagi, beliau akan meminta penjelasan dari Anwar mengenai kenyataannya itu bagi meleraikan percanggahan mereka.
Abdul Hadi sebelum ini, dalam tulisan dalam blognya menegaskan sejak PAS ditubuhkan tidak mengiktiraf "negara haram" Israel kerana merampasnya dari rakyat Palestin.
Anwar pula ketika ditemuramah oleh Asian Wall Street Journal didakwa mempertahankan Israel.
Bagaimanapun, dalam kenyataan balasnya, Anwar berkata, pandangannya itu sejajar dengan prinsip PKR yang menjunjung keadilan sejagat dan tegas membela hak yang dizalimi, serta selari dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab berteraskan "Penyelesaian Dua Negara".
Malahan, katanya, dasar luar negara juga menekankan prinsip penyelesaian itu, sebagaimana diungkapkan menteri luar ketika perbahasan perhimpunan agung PBB ke-66 pada 27 September tahun lalu di New York.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi sekali lagi menegaskan kembali bahawa PAS mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara sah dan Israel adalah sebuah negara haram dan ia sejajar dengan pandangan gerakan Islam yang lain.
Oleh itu, katanya, beliau akan memohon penjelasan lanjut daripada Anwar, dalam satu kesempatan yang lain, memandangkan beliau baru sahaja pulang dari luar negara.
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dijangka akan bermesyuarat minggu ini.
Komen PengundiBaharu: PengundiBaharu setuju dengan pendapat Hadi Awang nih. Walaupun dasar dan prinsip Pas sudah banyak yang tergadai angkara perkahwinan haram dengan Pakatan, Pas tetap teguh bersama Pakatan. Tahniah buat Pas.
itu lah parti haprak paspispus...apa jua kerosakan dan kemungkaran yg di lakukan dalam PR akan tetap di bela....no further question....kalaulah anuar ibrahim tu masih TPM...aku tak dapat bayangkan bagaimana umno kena hentam kaw2...siang malam pagi petang...48jam buta2 umno di setiap sudut....tapi oleh kerana anuar ibrahim tu satu kapal....nak tanya pun tak berani,,,kecut telor...takut2 pakatan pecah dua...
ReplyDeleteinilah parti pas yg tak dapat barakah dari allah...kelansungan Dr Hassan disingkirkan adalah pelengkap yg dirancang oleh allah bagi menyingkirkan paspispus/pkr secara sistematic diatas kemungkaran yg dilakukan oleh puak2 haprak ni supaya umah dapat di selamatkan dari tersesat jauh....akibat kehaprakan paspispus/pkr...insyallah..
KALAU LAKI BINI TAK SEPENDAPAT RUMAH TANGGA HANCUR INIKAN PULAK MEMIMPIN KALAU DAH MASING-MASING DENGAN HALATUJU SENDIRI MACAMANA NAK MENTADBIR NEGARA SEMUA TAK PUASHATI DAN SENTIASA ADA YANG MEMBANGKANG MACAM SEKARANG NI PAS KATA HARI KEKASIH TAK BOLEH DAP KATA PAS MELAMPAU PKR IKUT JE, BERKECAMUK JADINYA NEGARA NI. JAUHKANLAH KAMI DARI KEPIMPINAN PEMBANGKANG.
ReplyDelete