Friday, February 3, 2012

KAK IJAT RELEKS JER... LEMBU GELABAH SANGAT KENAPA?


SEPANG, 3 FEB : Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata beliau “tidak akan lari” daripada isu Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) namun tidak akan tunduk kepada desakan untuk meletak jawatan sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno.



"Saya hendak perjelaskan kedudukan saya sebagai menteri... saya serahkan kepada YAB Perdana Menteri untuk menentukannya. Oleh kerana saya sangat menghormati PM, keputusan sama ada saya berada dalam Kabinet atau tidak, saya serahkan kepada PM,” kata Sharizat .

"(Mengenai) kedudukan saya sebagai Ketua Wanita, sudah pastilah cabaran yang saya lalui selama ini menguatkan semangat saya. Kalau Ketua takut menyahut cabaran, dia tidak boleh jadi Ketua," katanya kepada pemberita sejurus pulang menunaikan umrah di Mekah.

Sharizat berkata beliau menghormati Tan Sri Rafidah Aziz walaupun beliau menggesanya untuk meletak jawatan susulan isu NFC yang membabitkan suaminya.

"Saya tidak baca komen Tan Sri Rafidah Aziz tetapi tumpuan saya pada wanita UMNO dan saya menghormati Tan Sri Rafidah Aziz,” kata Sharizat.

"Saya hormat beliau sebagai bekas Ketua Wanita UMNO...jadi menjadi tugas saya sekarang adalah untuk memastikan Wanita UMNO bekerja dengan kemantapan yang baik sekali," katanya.

“Kalau kita tengok Wanita UMNO hari ini, mereka tidak akan lari daripada masalah," tambah beliau.

Bagaimanapun Sharizat berkata pihak dari Umno yang mendesaknya untuk meletak jawatan adalah mereka yang lupa susur galur perjuangan sayap itu.

"Kalau mereka tahu salasilah Wanita UMNO, jadi mereka yang buat saranan sudah lupa ada sejarahnya," katanya.

Kalangan pemimpin Wanita Umno sebelum ini membidas Rafidah kerana mendesak supaya Sharizat berundur memandangkan sayap itu memberi sokongan kepada bekas Ketua Wanita itu ketika beliau dituduh memberi Permit Import (AP) kepada kroni dan anggota keluarganya pada tahun 2005.

Sharizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membayangkan bahawa beliau mempunyai sokongan kuat daripada ahli Umno dan akan terus menjalankan tanggungjawabnya memimpin sayap itu.

"Adalah saki baki yang tidak menyokong saya itulah biasa, saya menghormati hak mereka tetapi saya sebagai wanita akan terus pastikan wanita terus bersatu padu," katanya.

NFC dibelit kontrovesi setelah Ketua Audit Negara menegur syarikat itu kerana tidak menepati sasaran bersabit kontrak ternakan lembu daging.

Pembangkang mendakwa syarikat itu yang dikuasai oleh suami Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan untuk membeli tanah, kondominium dan kereta mewah dan bukan untuk tujuan dana itu disediakan.

Sharizat berkata beliau lebih tabah menghadapi cabaran selepas mengerjakan umrah dan bertekad untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya umum akan datang.

"Saya berada di Mekah dan melihat dugaan ini sangat menyedihkan tetapi saya sebagai ketua, Allah menduga saya, alhamdullilah saya akan kerja kuat lagi selepas balik dr Mekah dan akan membantu Wanita untuk pastikan kemenangan pada PRU 13 nanti, insyaalah," kata Sharizat.

3 comments:

  1. Kak Jat...., Alangkah sedap mendengar jika Kak Jat cakap bahwa Kak Jat tak mahu dicalonkan untuk PRU13 akan datang sebab dah kalah dalam PRU lepas. Kalau Kak Jat tambah lagi begini lagi bagus : Saya akan tetap turun padang untuk mempastikan Wanita akan terus menyokong BN disamping mempersiapkan pengganti saya sebagai Ketua Wanita. Saya dipilih sebagai Ketua Wanita sementara saya dapat jadi menteri melalui pintu belakang.

    ReplyDelete
  2. aku orang UMNO dan ahli UMNO meluat dengan kedegilan mami nie cakap banyak tak nak la kami ni ikan bilis bila nak minta bantuan atau pinjaman untuk kembangkan bisness 10k pun susah nak dapat tambah pulak nama dah disenarai hitam tapi lu orang senang-senang jer 250juta masuk ... poorahhhhhhh kalo lu ada maruah letak jawatan la mami ...bosan le menjahanamkan UMNO jer sepatutnya Presiden UMNO contohi Presiden PAS dalam soal ketegasan ... maaf cakap aku bukan sebelah pembangkang tapi kebanyakan rakyat yang macam aku nampak kerasukan keluarga menteri menjahankan wang kerajaan ... kami rasa terkilan ...

    ReplyDelete
  3. Salam semua..telah diketahui bahawa Ketua Audit Negara tidak menemui masalah dengan syarikat yang dikatakan milk suami Shahrizat..malah ia adalah bentuk pinjaman..bila pinjam kena bayar le secara ansuran..so ada masalah ke?

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...