Thursday, February 2, 2012

BANTAH ROBOH ASRAMA DAN GADAI TANAH YAYASAN SELANGOR!


SHAH ALAM, 2 FEB : Gerakan Saya Anak Yayasan Selangor (GSAYS) dan Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor (PAYS) hari ini berhasrat menfailkan permohonan injuksi mahkamah kepada Yayasan Selangor yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.


Penyelaras GSAYS, Badrulzaman Baharuddin berkata, permohonan tersebuti dibuat bagi menghalang tanah milik Yayasan Selangor disalah guna oleh Yayasan Selangor.

Beliau berkata, injuksi tersebut juga bagi meastikan kegunaan tanah di Kg Pandan tersebut adalah untuk tujuan instituisi pendidikan sahaja dan bukan tujuan aktiviti komersil.

"Jika kerajaan negeri masih mahu meneruskan hasrat mereka, pihak alumni akan membuat satu tindakan menfailkan injuksi mahkamah untuk menghalang mereka daripada menjual harta-harta yang ada. Kita juga minta kepada Kementerian Pelajaran untuk menimbang semula subsidi yang telah diberikan selama ni kepada asrama-asrama tersebut dari segi makanan dan semua, katanya kepada wartawan dalam satu sidang media yangdiadakan di Hotel Grand Bluewave, di sini, petang tadi.

Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat, pada Ogos tahun lalu merancang mahu merobohkan Asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan di sini dipercayai untuk menambah aset kerajaan negeri yang semakin berkurangan.

Bagaimanapun, rancangan tersebut ditentang oleh banyak pihak seperti GSAYS, PAYS, bekas-bekas Pengurus Besar Yayasan Selangor dan juga ibu bapa pelajar.

Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ditubuhkan pada 1979 bertujuan memberi peluang kepada pelajar dari kawasan kampung di Selangor melanjutkan pelajaran di sekolah terpilih sekitar Lembah Klang.

Asrama tersebut terdiri daripada Asrama Tun Dr. Ismail yang menempatkan pelajar lelaki, manakala Asrama Toh Puan Norashikin menempatkan pelajar perempuan.

Kebanyakan mereka dihantar ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist.

Badrul juga meminta supaya Khalid tidak lagi menyambung kontrak Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki kerana beliau tidak layak memegang jawatan tersebut disebabkan beliau tidak berusaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan asrama ini.

Jelasnya lagi, alasan yang diberikan Yayasan Selangor untuk meroboh asrama tersebut adalah kerajaan tidak mampu untuk menampung pembiayaan ketika berjumpa dengan Khalid pada 26 Januari lalu semasa menyerahkan surat bantahan.

"Pihak menteri besar sendiri menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor mempunyai masalah kecairan tunai. Mereka tidak mampu membiayai pembiayaan asrama-asrama ini (sehingga) terpaksa mengkomersilkan aset-aset sedia ada untuk mendapat sumber kewangan." tambah beliau lagi

Untuk rekod jumlah pelajar yang tinggal di asrama ini bagi sesi 2012 hanyalah seramai 178 pelajar iaitu 61 pelajar lelaki dan 117 pelajar perempuan berbanding sebelum ini seramai 468 pelajar di kedua-dua asrama.

Setakat ini asrama perempuan telah pun dikosongkan dan pelajarr perempuan dipindahkan ke asrama lelaki, manakala pelajar lelaki ditempatkan di bangunan makmal yang diubahsuai. - AntaraPos

1 comment:

  1. silap2 esok istana kayangan pon kena jual.hai apa la nasib Selangor ooooo selangor

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...