Friday, February 3, 2012
"PILIHANRAYA UMUM KE-13 SEBELUM APRIL 2013" - YAB NAJIB RAZAK
MARANG, 3 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
Najib berkata, masa untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 bergantung kepada banyak faktor.
"Pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa asalkan tidak lewat daripada April tahun depan.
"Buat masa ini, saya turun padang berjumpa rakyat, bukan sahaja saya tapi semua pemimpin kerana ini tanggungjawab sebagai pemimpin supaya rakyat tambah yakin kepada Barisan Nasional (BN), katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus kononnya Parlimen akan dibubar minggu depan untuk memberi ruang kepada pilihan raya umum ke-13.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.