Thursday, February 9, 2012

ELI KANGKANG KANTOI HABIS KALI INI. DULU MUSIBAT PAS KESAL. SEKARANG PAS CUBA NAK LARIKAN DIRI...?


[NASI KANGKANG BY ELI KANGKANG]

Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa merawat kembali luka lama apabila seorang warga Malaysia yang ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia disahkan orang sama yang dicari polis Malaysia berhubung penyebaran gambar separuh bogel Ahli Exco Kerajaan Selangor Elizabeth Wong.

Penangkapan Hilmi Hazimin Malek yang menggunakan nama samaran Azmin Hilmi di Batam minggu lalu membuka semula persoalan mengenai peri laku moral Elizabeth dan lebih penting, pendirian PKR serta sekutunya Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Hilmi dikehendaki oleh polis di Malaysia bersabit siasatan jenayah iaitu mengambil dan menyebarkan foto lucah tanpa pengetahuan Elizabeth.

Namun belum sempat siasatan itu selesai, Hilmi menghilangkan diri sejak tiga tahun lalu.

Menurut sebuah portal berita Indonesia, beliau berlindung di Indonesia menggunakan dokumen palsu.

Imigresen Batam dilaporkan memberitahu media bahawa “Azmin” mendedahkan beliau ahli PKR yang memasuki Indonesia atas saranan keluarga dan parti itu sendiri.

Polis Malaysia semalam tidak menolak kemungkinan Hilmi dibawa pulang ke Kuala Lumpur, kemungkinan selepas pihak Indonesia selesai menangani kes pemalsuan dokumen yang dihadapi oleh beliau.

Jika dibawa pulang ke tanah air, Hilmi bukan sahaja berdepan dengan siasatan polis tetapi juga siasatan oleh pihak berkuasa Islam di atas hubungan beliau dengan Wong.

Apabila kes ini tercetus tiga tahun lalu, Elizabeth menawar untuk meletak jawatan namun beliau di bela oleh PKR dan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.


[TIGA TAHUN LALU... MUSIBAT PAS PUSAT KESAL!]

Elizabeth ditonjolkan sebagai mangsa jenayah seks dan dari sudut penyebaran foto separuh bogel beliau, persepsi itu ada kebenarannya.

Bagaimanapun, ia tidak mungkin menenggelamkan keperluan beliau dan parti yang didokongnya untuk berterus terang dan telus mengenai mengadakan hubungan intim yang dijalin dengan Hilmi.

Jika beliau seorang rakyat biasa, mungkin tidak ada keperluan untuk menuntut penjelasan sedemikian, namun Wong adalah pemimpin kanan sebuah parti yang melihat dirinya sebagai pewaris Putrajaya.

Wong adalah penjawat awam kanan dan menjadi contoh kepimpinan yang ingin diserlahkan kepada rakyat.

Hubungan intim beliau dengan Helmi, jika benar tidak salah di segi undang-undang sekular di negara ini.

Namun, jika terbukti, hubungan itu adalah satu kesalahan bagi Hilmi di bawah enakmen syariah di Selangor.

Sehingga kini Elizabeth tidak pernah menafikan beliau menjalin hubungan dengan Helmi dan terus mengisi jawatan sebagai Exco Kerajaan Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.

Sumber-sumber parti berkata mereka bimbang kemungkinan isu-isu ini kembali menghantui PKR dan Pas dengan penangkapan Helmi di Batam.

Walaupun mereka berpendapat Wong tidak perlu meletakkan jawatan, namun beliau sekurang-kurangnya harus menangani dakwaan beliau menjalin hubungan intim dengan Helmi.

“Jika betul, beliau patut mohon maaf di atas keterlanjurannya mengadakan hubungan intim dengan seorang pemuda Melayu.

“Ini patut dilakukan tiga tahun lalu. Kalau salah, lebih baik mengaku dan move on, bukan mencari sokongan untuk perbuatan yang salah bukan sahaja di sisi Islam, tetapi juga di sisi moral mana-mana agama,” kata sumber itu.

“Kini dengan penangkapan Helmi, Elizabeth dan partinya sekali lagi diheret dalam episod memalukan ini, kerana kita tidak bertindak tegas daripada mula,” tambah beliau.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang kini juga menjadi Exco Hal Ehwal Agama Selangor mengambil sikap berwaspada terhadap penangkapan Helmi dan kesannya ke atas PKR.

Namun sebagai Exco Agama baru Selangor, beliau tidak dapat melarikan diri daripada tanggungjawab menjelaskan kedudukan kerajaan negeri bersabit Ahli Exconya yang didakwa bersekedudukan dengan seorang pemuda Islam.

Pas juga terpaksa berdepan dengan persoalan yang sama jika mahu menonjolkan imej sebuah parti yang tidak memilih bulu dalam isu-isu moral dan akidah.



[KHALID SAMAD... YANG KANGKANG TU ELI, BUKAN UMNO]

Isu Helmi bukan hanya bersabit penyebaran foto lucah Wong tanpa kebenaran ahli Exco itu. Aspek itu akan ditangani oleh polis mengikut proses undang-undang.

Isu itu mempersoalkan keikhlasan gabungan pembangkang yang disertai Wong dan Helmi untuk menyelami isu-isu moral dan membuat pendirian jelas mengenainya. - AntaraPos

RAKYAT SELANGOR,
PRU13 KASI TUKARLAH...!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...