Thursday, February 9, 2012

"MANA BUKTI SAYA GILA TALAK, MEROYAN NAK JADI MB SELANGOR" - HASSAN ALI


KANGAR, 9 FEB : Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mencabar pemimpin parti itu menunjukkan bukti kononnya beliau 'gila meroyan' untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mendakwa Hasan bercita-cita menjadi MB Selangor melalui pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno susulan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada tahun 2008.

"Saya tuntut pemimpin berkenaan tunjukkan bukti rakaman video dan sebagainya yang boleh menyokong dakwaan kononnya saya gila talak, meroyan hendak jadi MB Selangor selama ini,” kata Hasan.

"Saya sanggup lepaskan jawatan Exco Kerajaan Negeri dan menjadi Adun Bebas kerana tidak sanggup bersekongkol dengan parasit Pas yang mempunyai agenda peribadi berbanding perjuangan menegakkan syiar Islam," tambah beliau di Ceramah Perdana Selamatkan Akidah di Dataran Dato' Sheikh Ahmad, malam kelmarin.

Hasan berkata, beliau turut terkilan apabila ada ulama Pas yang menuduhnya sombong dan ego sehingga sanggup tidak membuka pintu rumah dan enggan melayan tetamu.

"Sejurus difitnah seorang ulama Pas menuduh saya tidak buka pintu untuk tetamu, isteri saya terus berasa marah dan sedih kerana senario sebenar menunjukkan keadaan sebaliknya.

"Selama ini, saya menghormati ulama dan tidak pernah menghentam mereka walaupun saya dipecat daripada parti. Hari ini, baru saya sedar wajah sebenar segelintir pemimpin Pas yang layak digelar parasit kerana menggunakan parti untuk kepentingan diri," katanya.

Sehubungan itu, Hasan menggesa rakyat Perlis memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (IMR) yang didukung Jati dan berharap lebih 100,000 rakyat negeri itu menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu yang bakal dilancarkan pada 21 Februari ini. - AntaraPos

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...