Tuesday, February 28, 2012
KERAJAAN BATAL KONSERT ERYKAH BADU
KUALA LUMPUR, 28 FEB : Kerajaan membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat Erykah Badu kerana melanggar garis panduan Pusat Permohonan Penggambaran dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) yang ditetapkan.
"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar garis panduan Puspal iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim dalam Twiter beliau hari ini.
Rais dalam pesanan ringkas itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia ekoran penampilannya kontroversinya dengan bertatu kalimah Allah di dadanya yang terdedah.
Badu sebelum ini dikecam hebat pelbagai pihak ekoran gambarnya yang tersiar di dalam akhbar The Star yang memperlihatkan tatu kalimah Allah di kedua belah dadanya.
Beliau dijadual mengadakan konsert di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur esok.
Selain Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bantahan turut kedengaran daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pemuda Pas.
Malah, dewan itu dalam menghantar satu memorandum kepada pejabat Rais pagi ini menyatakan kemusykilan mereka terhadap kebenaran mengadakan persembahan yang diberikan pada awal.
"Apa yang dikesali, dengan latar belakang penyanyi ini sebagai penganut agama Islam, beliau cuba menonjolkan identiti beliau dengan penampilan itu.
"Namun demikian, penampilan yang ditonjolkan secara jelas telah melanggar syariat Islam, bahkan dianggap sebagai menghina agama Islam," memorandum daripada Setiausaha Pemuda Pas, Khairul Faizi Ahmad Kamil itu dipetik. - AntaraPos.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.