Monday, February 20, 2012

KINI NIK AZIZ JUGA IKTIRAF ISRAEL BERSAMA-SAMA ANWAR?



KUALA LUMPUR, 21 FEB : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "faham" pendirian beliau mengiktiraf Israel dengan syarat rejim Zionis itu menghentikan kekejaman di bumi Palestin dan menghormati hak rakyat negara itu.

Bagaimanapun Nik Aziz yang sebelum ini menegaskan partinya tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa keadaan pun, enggan mengeluarkan sebarang kenyataan susulan perjumpaan sejam dengan Anwar. Turut hadir pada pertemuan itu Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Anwar, beliau menjelaskan kepada Nik Aziz secara terperinci berhubung kenyataannya yang disiarkan akhbar Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu.

"Tok Guru dengar dan dia faham pendirian saya dan saya pun faham pertimbangan Pas yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel dan saya jelaskan bahawa jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana itu tidak berbangkit kerana selagi syarat-syarat tidak dipenuhi," kata beliau kepada pemberita.

"Saya telah memberikan penjelasan sedikit sebanyak dalam hal keraguan tentang hal ini. Tetapi akhirnya saya beritahu (Nik Aziz) saya juga tunduk kepada kehendak Hamas dan Fatah sepertimana yang dirundingkan di Doha dua minggu yang lalu," katanya.

Nik Aziz sebelum ini menggesa Anwar menyaman WSJ jika akhbar itu tersalah lapor bahawa Ketua Pembangkang itu menyokong usaha melindungi keselamatan Israel tanpa merujuk kepada soal kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin.

Anwar bertegas tidak akan menyaman akhbar itu kerana mendakwa pihak yang memutar belitkan kenyataannya adalah media arus perdana, bukan WSJ.

"Mengapa saya perlu pula saman Wall Street Journal, sebab mereka (WSJ) meletakkan perkataan "contigent" (dalam kenyataan saya mengiktiraf Israel). Yang tidak keluarkan perkataan itu adalah Berita Harian, Utusan Malaysia dan TV3.

Beliau menuduh media berkenaan sebagai "hanya melaporkan fitnah dan dia tidak melaporkan fakta."

Menurut Anwar, dalam kenyataannya kepada WSJ, beliau cukup menekankan perkataan 'contigent' yang bermaksud 'dengan syarat' atau 'tertakluk'.

"Apa dia syarat? Syarat yang ditetapkan termasuk pengunduran tentera Israel daripada wilayah Palestin dan Arab, kedua hentikan keganasan, ketiga hentikan kepongan terhadap Gaza, keempat iktiraf Baitul Maqdis sebagai kota Palestin. UMNO ini hanya menggunakan bahagian pertama bahawa ada kesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan tertakluk kepada syarat, "contigent on Israel respecting the aspirations of Palestinian"," katanya.

Anwar menegaskan beliau juga menyampaikan pendiriannya berhubung isu itu kepada Ketua Hamas Khaled Mashal yang menerima baik penjelasan itu.

"Maka dalam perbincangan (itu) Khaled Mashal sebut "Anwar, saya tahu perkataan kontijen jadi bagi saya kita sudah jelaskan dan perkara ini tidak berbangkit dan kita akan terus program bersama seperti biasa"," katanya.

Pertemuan antara Anwar dan Nik Aziz diatur selepas Majlis Syura Pas menegaskan ia tidak menerima penyelesaian dua negara yang membabitkan pengiktirafan Israel, sekali gus menempelak pendirian Anwar mengenai konflik Palestin itu.

Percanggahan itu menimbulkan persoalan mengenai dasar-dasar luar negara Pakatan Rakyat sekiranya pembangkang menubuhkan kerajaan. Gagasan itu sehingga kini masih mencari permuafakatan dalam isu-isu seperti perlaksanaan hukum hudud. -

PengundiBaharu: Anwar iktiraf Israel pun salah UMNO...

5 comments:

  1. nik aziz & peliwat ni hati masing2 dah gelap tak dpt beza kebenaran & kebatilan krn asyik brpolitik & nak genggam jwtn smpai mati..masing2 kubur kata mari, rumah kata pergi. selamatkan malaysia dari pendustaan lidah dajal2 akhir zaman ni..bercabang2 & brbelit2 lidah laknatullah ni..dlm kubur nnti golongan mcm ni akan menerima azab yg pedih krn suka berbohong membelit2 hal akidah & menggunakan islam utk kuasa dunia...

    ReplyDelete
  2. TAK PAYAH PERGI JAUH. CUBA LIHAT WARNA BENDERA ISRAEL LAKNATULLAH. KAN SAMA DENGAN WARNA BENDERA PARTI KEADILAN (BIRU MUDA) KALAU TIDAK MASAKAN PKR PILIH WARNA TU. ATAU SEBAGAI SATU KEBETULAN? JIKA JIWA, HATI DAN NURANI BERKIBLATKAN ISRAEL, ITU LAH PADAHNYA. TUNGGULAH MEREKA (PKR) SPIN...

    ReplyDelete
  3. "contingent" tu bukan bermaksud luar jangkaan ke? Jadi apa sebenar maksud dia sebagai contingent tu yang dikatakan dikeluarkan oleh media umno? saya org kampung tak paham sgt bahasa inggeris..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar kena jelaskan. Saya pun tak berapa paham. Kalau kita cakap nanti dia tuduh kita pula yang putar belit kenyataan dia.

      Delete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...