Friday, February 10, 2012

PAS YANG SUKA SESATKAN UMNO. TAPI MELATAH BILA DIPANGGIL PARTI AJARAN SESAT...


KUALA TERENGGANU, 10 FEB: Pas memberi tempoh tiga hari kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan "parti ajaran sesat".

Anggota Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Abu Bakar Chik berkata jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau.

"Tuduhan itu sangat berat," katanya kepada pemberita di sini hari ini pada majlis Mesra Media bersama Pesuruhjaya dan Pemimpin Pas negeri Terengganu yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Terengganu Abdul Wahid Endut.

Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan Pas sebagai "parti ajaran sesat".

Abu Bakar berkata Pas belum menetapkan bentuk tindakan yang akan diambil terhadap Ahamd sekiranya Menteri Besar itu gagal menarik balik kenyataan berkenaan. - BERNAMA

Komen Pengundi Baharu: Ini bukan kali pertama PAS dipanggil "Parti Ajaran Sesat". Shafie Apdal juga pernah label PAS itu 'Parti Ajaran Sesat'. PengundiBaharu juga menjauhi PAS kerana Ajaran Syiah Sesat yang makin berkembang biak didalam PAS, lagi-lagi Mat Sabu sekarang sudah menjadi Pemimpin tertinggi PAS.


[Doa Ajaran PAS]

Apa yang PengundiBaharu naik hairan sekarang, kenapa puak-puak hamPAS semacam melatah bila ada Pemimpin UMNO yang melabelkan PAS itu Sesat... Tetapi mereka tepuk gembira bila mengkafirkan UMNO dan menyesatkan UMNO?!


[Mengapa UMNO...? Bukan PKR dan DAP?]

1 comment:

  1. cabaran ahli pas pusat supaya MB ahmad said menarik baik kenyataan 'PAS-parti ajaran sesat' wajib di sahut...dengan meminta majlis PAS pusat memohon maaf terbuka supaya manarik balik apa jua labelan kepada UMNO
    yg telah sekian lama PAS hamburkan terlebih dahulu!!!!!

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...