Sunday, February 12, 2012

AHMAD SAID TAK GENTAR DISAMAN OLEH PAS KERANA 'PARTI AJARAN SESAT'!


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said tidak akan menarik balik kenyataannya bahawa PAS merupakan 'parti ajaran sesat'.

Bertegas dengan kenyataan, PAS tersasar jauh dari perjuangan Islam yang sebenar, beliau sedia menunggu apa jua tindakan daripada parti itu termasuk menggunakan saluran mahkamah.

“Saya sedia disaman, saya ada bukti. Saya tunggu saman PAS. Saya nak tengok dia (PAS) nak bawa ke mahkamah sivil atau mahkamah syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika merasmikan majlis penutup Kursus Simulasi Pilihanraya Barisan Nasional Terengganu dan Kelantan di Kandis, Bachok, Kelantan, sebentar tadi.

Menurutnya, penyelewengan dan kesesatan yang dibawa PAS terhadap umat Islam bukanlah perkara baru, malah sudah lama diketahui rakyat.

Bukti yang jelas dan nyata kata Dato’ Seri Ahmad, berkenaan ‘Amanat Haji Hadi’ dan Peristiwa Memali yang mencabar keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Fatwa Negeri Kedah.

“Selagi Tok Guru mereka (Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang) tidak menarik balik amanat itu, selagi itulah PAS berada dalam kesesatan bersama sebahagian pengikutnya yang begitu taksub.

“Kesannya cukup besar hingga ke hari ini seperti Solat Jumaat dua Imam dalam satu kariah, pulau memulau, berkelahi. Inilah yang PAS warisi dalam ‘dakwah’ mereka,” tegasnya.

Kelmarin, PAS memberi tempoh tiga hari kepada Datuk Seri Ahmad supaya menarik balik kenyataannya bahawa parti itu merupakan “parti ajaran sesat”.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik berkata, jika dalam tempoh berkenaan Ahmad tidak menarik balik kenyataan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar arus perdana itu, maka tindakan akan diambil terhadap beliau. - ahmadsaid.net


Komen PengundiBaharu: Tahniah buat MB Terengganu, tak takut walau di ugut oleh PASngok. PAS juara sesatkan, kafirkan UMNO. Kenapa Ketua Pemuda PAS rasa satu penghinaan? PAS patut cermin diri sendiri dahulu!

1 comment:

  1. Bro...oyak ke Abg Id kite tuh...bakpe terlepah..aku dengor..MESRA Mall kak kkerteh tu ade panggung wayang pulok doh... jgn aaa gitu..dulu moleh doh...ganung kite bebas panggung wayang... dokkan nok bagi pah pulok baru nok tutup ....hok molek kitre sokong..hok dok moleh janagan laa...

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...