Wednesday, May 2, 2012

AZMIN DUDUK & TIBAI: HADI DAKWA ISLAM BENAR AIBKAN PEMIMPIN


TERKINJA-KINJA PUAK PEMBANGKANG KUTUK UTUSAN DAN KOSMO, SEBAB GAMBAR SKANDEL AZMIN DISIARKAN SEMALAM...

WAHAI PUAK PEMBANGKANG... BACA LAH SENDIRI FATWA HADI NIH:


SHAH ALAM: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam mendakwa, Islam membenarkan peribadi pemimpin didedahkan, termasuk dalam hal yang mengaibkan jika ia bertujuan untuk kebaikan.

Beliau Berkata bagi membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pemimpin, serangan peribadi dibenarkan dalam Islam, termasuk serangan yang akan menyebabkan pemimpin itu terpaksa menanggung malu, sekali gus menjejaskan imejnya.

Bagaimanapun, katanya, Pas tidak akan terlalu bergantung kepada kaedah menyerang peribadi pemimpin dalam kempen pilihanraya umum ini. 

Dengan mengambil contoh seorang perompak memasuki kampung dan berbuat baik dengan penduduk. Abdul Hadi berkata sesiapa yang mengetahui peribadi perompak itu wajib mendedahkannya kepada masyarakat kampung itu, dengan tujuan mengelakkan mereka dirompak.

"Dari aspek pemimpin negara, pendedahan itu dibenarkan Islam bagi membolehkan rakyat mengenal pemimpin yang mengamalkan rasuah dan berperibadi tidak layak untuk menjadi pemimpin.

"Dalam Islam sendiri, untuk melantik seorang saksi dan hakim, Islam membenarkan pendedahan peribadi. (Pilihan raya) ini kita ingin melantik pemimpin. Rakyat perlu tahu perkara peribadi.

"Islam tidak melarang kita memperkatakan perkara apatah lagi untuk memilik seorang saksi di mahkamah, apatah lagi untuk memilih ketua negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pelancaran manifesto barisan pembangkang di Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (Keadilan) di Syeksen 13, disini semalam.

BACA LAGI...


Ulama PAS Sokong

PUTRAJAYA 29 Feb. – Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat, Abdul Ghani Samsudin hari ini mempertahankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan calon-calon parti itu mengumpat dan mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Abdul Ghani yang juga calon Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burung, Selangor, berkata, pendedahan tentang hakikat sebenar seorang pemimpin dibenarkan oleh syarak bagi mengelakkan orang ramai teraniaya.

‘‘Pendedahan itu dilakukan demi kebaikan dan berdasarkan keilmuan supaya pemilihan pemimpin dibuat dengan teliti dan difikirkan secara matang.

‘‘Konsep ini adalah dibenarkan dalam Islam kerana jika tidak didedahkan keburukan dan kelemahan seseorang pemimpin yang bakal dipilih itu, bimbang nanti berlaku kerosakan yang lebih besar,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini.

Abdul Ghani yang juga bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang menyebut Abdul Hadi mengeluarkan ‘fatwa’ membenarkan semua calon Pas yang bertanding mengumpat, membuat tuduhan serta mendedahkan keburukan lawan masing-masing.

Menurut Abdul Ghani, meskipun Allah menyatakan dalam ayat 148, Surah al-Nisa tentang larangan mendedahkan keburukan seseorang secara terang-terangan tetapi dalam ayat tersebut juga menyatakan perkara itu dikecualikan jika melibatkan mereka yang teraniaya.

‘‘Dalam hal ini, rakyat akan teraniaya jika kita tidak menyatakan hakikat sebenar dan rekod perilaku seseorang pemimpin.

‘‘Sebab asas memilih pemimpin mesti berasaskan kepada ketakwaan mereka kerana mereka yang tinggi martabatnya ialah mereka yang paling bertakwa,” jelas beliau.

Katanya, pendedahan tentang segala kelemahan dan rekod buruk seseorang itu dilakukan demi kepentingan umum seperti skandal atau kelakuan buruknya.

‘‘Ini termasuk dalam perkara amar makruf dan nahi mungkar dan nasihat dalam agama atau hisbah. Ini sama seperti dalam proses memilih pasangan atau meminang, mesti dinyatakan hakikat sebenar latar belakang pasangan kerana proses membina rumah tangga berasaskan kepada mahabbah iaitu kasih sayang,” katanya.

Katanya, konsep tersebut juga boleh diamalkan dalam proses memilih kepimpinan yang membabitkan soal kepentingan negara.



PengundiBaharu: Rakyat PRU13 sila BERSIHKAN Pemimpin macam Eli Kangkang, Anwar Chinadoll dan Azmin!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...