Monday, May 14, 2012

DEMOKRASI MATI DALAM DAP: TUNKU AZIZ KELUAR DAP!



KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletakkan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Keputusan perletakan jawatan itu berikutan kritikan beliau terhadap perhimpunan Bersih 3.0 mendapat reaksi negatif daripada para pemimpin DAP.

Sehubungan itu, katanya, tempoh senatornya yang akan tamat pada 31 Mei ini tidak akan diperbaharui.

Dalam temu bual bersama NTV7 pada malam Isnin, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan beliau selepas ini.

"Saya fikir sudah tiba masanya bagi saya untuk melihat secara serius terhadap kedudukan saya sendiri dalam parti.

"Memandangkan terdapat perbezaan yang sangat luas sekarang, yang tidak selari, dan tiada alternatif lain, saya akan keluar dengan cara bermaruah.

"Dengan itu saya akan meletakkan keahlian saya daripada DAP dan akan memaklumkan kepada parti dalam tempoh beberapa minit yang akan datang," katanya semasa temu bual yang berakhir pada pukul 9.30 malam. - mStar

PengundiBaharu: Bila Melayu PAS nak isi borang keahlian DAP beramai-ramai?

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...