Tuesday, May 8, 2012

VIDEO ANWAR DURASI 16:34 MINIT TERSEBAR DI INTERNET!


PUTRAJAYA: Satu klip video seks yang didakwa mirip seorang pemimpin pembangkang, sekali lagi dimuat turun ke laman Youtube sejak tiga hari lalu dan kali ini dengan versi hampir penuh.

Klip video 16 minit 34 saat bertajuk ‘PM Malaysia Asyik’ itu dimuat turun bwteh007 sudah ditonton 327 pelayar internet.

Berdasarkan pemerhatian, klip video hitam putih yang mempunyai latar suara muzik lagu ‘Percaya Padaku’ nyanyian band popular Indonesia, Ungu, dipercayai dimuat turun seseorang berusia 26 tahun dari negara jiran.

Permulaan video berkenaan dimuatkan dengan perkataan ‘Skandal sex sang Perdana Nenteri tertangkap CCTV, Malingsia membara’, yang turut memaparkan dua gambar pemimpin berkenaan, serta bendera Malaysia.

Malah, individu yang memuat turun klip video itu juga mendakwa video berkenaan asli tanpa ditokok tambah (reka yasa), sambil meminta pelayar Internet menikmati video berkenaan.

Klip berkenaan sama seperti yang didedahkan sebelum ini, di mana di awal permulaannya, seorang wanita lengkap berpakaian duduk di sisi katil sambil dua lelaki seorang daripadanya bertuala berbual ringkas sebelum lelaki itu keluar.

Pemerhatian juga mendapati sebelum klip itu berakhir, wanita terbabit tidak berada di ruang bilik itu, manakala lelaki berkenaan memakai pakaian lengkap, sebelum keluar dari bilik terbabit.

Selain Malaysia, klip video itu turut ditonton pelayar Internet dari Indonesia dan Arab Saudi.

Bagaimanapun, klip video itu dipadam dari Youtube lewat petang semalam kerana dipercayai melanggar syarat dan terma laman web berkenaan. - Harian Metro

PengundiBaharu: Walaupun YouTube dah padam. Tempat lain masih ada sampai sekarang. Itu pun kawan aku yang bagi link. Aku tengok sikit jah, selebihnya aku tak sanggup nak tengok. Sorry ye Anwar! PRU13, kasi BERSIH pemimpin jijik macam kau!! TUIH!!!!

2 comments:

  1. Assalamualaikum ,


    Dalam keghairahan untuk memaparkan berita yang "ada habuan dan kepentingan",jangan lupa merenung nasib yang dikau bakal lalui di akhirat kelak.Tunjangilah berita mu itu dengan akhlak dan peradaban yang telah digariskan didalam Al-Quran dan Sunnah.Berita yang belum pasti kebenarannya ,usah disebarkan kerana dibimbangi kelak akan melontarkan diri-mu ke neraka "Hawiyah" yang paling hebat seksaannya.
    Tanyalah diri sendiri,bilakah kali terakhir dikau mendampingi alim ulamak,bilakah kali terakhir dikau membaca ayat-ayat al-quran dan mengkaji maksudnya,bilakah kali terakhir dikau menghadirkan diri ke majlis ilmu? Jika masih jauh ketinggalan,hadirkanlah dirimu ke majlis ilmu dan berlapang dada utk menerima ilmu Allah Yang Maha Luas.Insya-Allah,di hujung usahamu ,akan kau temui jawapan bagi kemelut politik yg serba kucar kacir ini.

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam. Terima Kasih. Tolak Pemimpin yang tiada moral.

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...