Wednesday, May 2, 2012

PASCA KEGANASAN BERSIH3.0: TUNKU ABDUL AZIZ TIDAK GENTAR, MINTA ANWAR JANGAN CAMPUR.


KUALA LUMPUR : Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim tidak gentar berhadapan dengan tindakan yang bakal diambil oleh partinya berhubung kenyataan membantah perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu lalu.

Menurutnya, terpulang kepada DAP untuk menilai pandangan yang diberikan beliau bersabit perhimpunan itu namun bertegas untuk menolak sebarang campur tangan Pakatan Rakyat mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keputusan itu nanti.

"Kalau nak ambil apa-apa tindakan itu terpulang kepada DAP tapi Pakatan Rakyat tidak ada kena mengena langsung dengan hal saya ini. Ini merupakan satu hal peribadi. Kalau apa yang saya buat ini salah atau pun silap, itu DAP dengan saya bukan saya dengan Anwar Ibrahim atau saya dengan sesiapa lagi. Tiada kena mengena!" tegas beliau.

Minggu lalu perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijanjikan aman oleh penganjurnya bertukar ganas apabila para demonstran bertindak mencetuskan huru-hara sehingga mencederakan anggota polis dan menterbalikkan kenderaan pihak berkuasa berdekatan kompleks Sogo.

Tunku Aziz dalam sidang Dewan Negara minggu lalu menyatakan pendirian bahawa perhimpunan BERSIH boleh bertukar ganas berdasarkan kejadian yang sering berlaku di luar negara.

Katanya lagi perhimpunan itu tidak wajar diadakan di Dataran kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang dan keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin. - AntaraPos

PengundiBaharu: Masih ada Pemimpin Pembangkang yang berfikiran waras!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...