Sunday, May 27, 2012

HANYA ANWAR IBRAHIM PALING LAYAK JADI PM JIKA PAKATAN MENANG...?

JOHOR BAHRU: Resah dengan kenyataan terbaru Karpal Singh,  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mendakwa pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) termasuk DAP sudah memutuskan beliau akan menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang Pilihan Raya Umum ke 13.


Menurut Anwar, kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memperjuangkan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri hanya berlunaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

“Saya tidak pertikai suara semangat Perlembagaan Persekutuan. Malah DAP telah umumkan bahawa pada PRU akan datang, seandainya PR menang, Anwar Ibrahim akan ditonjolkan sebagai Perdana Menteri. Saya Melayu Muslim, ” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pulai Springs Resort di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP itu yang mahu terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.


Sebelum ini, Karpal Singh dilaporkan berkata  selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.

"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' beliau dipetik berkata.

Mengulas kenyataannya dalam beberapa laporan akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini tentang beliau menamakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri, Karpal mengakui tersilap menyebutnya tetapi tetap yakin calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.


Menurut Karpal, tidak termaktub dalam Perlembagaan negara yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.

"Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini," tegas beliau. - AntaraPos.

PengundiBaharu: Ahli PAS jangan hanya jadi kaldai sahaja. Ulamak PAS tak layak jadi PM ke woi..!

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...