Wednesday, May 16, 2012

BOLEH PERCAYAKAH BERSIH4.0 TIDAK AKAN DIADAKAN?


Tiada Bersih 4.0: Hishamuddin Rais

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak merancang meneruskan siri bantahan jalanan menuntut reformasi pilihan raya menerusi perhimpunan Bersih 4.0.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Hishamuddin Rais berkata, jawatankuasa berkenaan mengambil pendirian tersebut selepas mengadakan perbincangan dengan 84 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong gabungan berkenaan.

"Pada tahap ini kami tidak merancang untuk adakan Bersih 4.0.

"Jawatankuasa ini bersama 84 lagi NGO mengambil keputusan tidak menganjurkan Bersih 4.0," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, Rabu.

Sehingga kini Bersih telah mengadakan tiga siri bantahan jalanan di ibu negara termasuk yang terbaru pada 28 April lalu.

LEPAS BERSIH2.0 DIA JANJI TIADA LAGI BERSIH...

NAK PERCAYA LAGI?


No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...