Wednesday, May 9, 2012

PENAMINANG TELAH DI HACK SELEPAS BONGKAR BERSIH DI TANAH HARAM!

Nampaknya mereka semakin terdesak sehinggakan mereka sanggup guna cara paling kotor dan jijik untuk memadamkan bukti. Tak sangka mereka begitu takut dengan pendedahan Pena Minang & Abu Aqif Studio sampai sanggup mereka hack dan delete blog pena minang.


Tapi, walaupun mereka menggunakan cara kotor ini, kami tetap akan mendedahkan perkara ini. Info berkaitan telah pun disalurkan kepada pihak berwajib, Info lengkap akan siap sedikit masa lagi. Mari kita doakan supaya penjenayah BERS✔H 3.0 di Tanah Haram ini akan dikenakan tindakan yang sepatutnya oleh Kerajaan Saudi di atas maksiat yang mereka lakukan. Kesucian Tanah Haram Mesti dikekalkan.





Isu yang sama, Nasrudin Tantawi pula tetap berdegil dan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab akan perlakuannya. Beliau seperti tidak kesah dan tidak peduli dengan nasib yang bakal menimpa para jemaah Haji & Umrah di atas keterlanjuran kelompok kecil mereka mengotori Tanah Haram. Tantawi tidak berasa bersalah malah menuduh kerajaan yang perlu selesaikan masalah yang mereka timbulkan. La haula wala quawa taillah billah.. Ada juga orang yang berperangai sebegini rupanya.

Orang Islam dinasihatkan supaya bersabar di atas insiden ini dan berdoa memohon kepada Allah supaya Kerajaan Malaysia dapat menyelesaikan isu ini dengan cara yang paling berhikmah sekaligus membaiki hubungan dengan Kerajaan Saudi. Umat Islam di Malaysia juga dinasihatkan supaya menjadikan isu ini sebagai iktibar kerana Malaysia bukanlah Saudi. Kita perlu hormat tempat orang, undang-undang mereka, adat dan budaya mereka. Tidak perlu kita bawa kelakuan biadab kita di tempat orang.

Abu Aqif sebagai salah seorang rakyat Malaysia benar-benar malu akan insiden ini kerana seingat Abu Aqif, huru hara yang pernah berlaku di Tanah Haram pernah juga dilakukan oleh puak-puak SYIAH. Abu Aqif berharap mereka yang memalukan Malaysia ini tidak mendapat nasihat daripada SYIAH memandangkan mereka sememangnya banyak berkongsi idea dan strategi dgn puak-puak SYIAH. Semoga Allah menyelamatkan kita. Allahu Musta'an..










Kami tetap akan bongkar

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...