Thursday, May 24, 2012

UMMI HAFILDA VS ANWAR DI LEMBAH PANTAI



(Lagi Gambar disini)

Lembah Pantai merupakan kubu kuat PKR kerana kawasan ini diwakili oleh anak Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah.

Malam tadi ceramah yang dianjurkan oleh UMNO yang menampilkan Ummi Hafilda telah diganggu oleh penyokong Anwar Ibrahim. Mereka mengganggu tidak tahan setelah Ummi kerap kali mencabar Anwar Ibtahim untuk berdebat. Anwar yang berceramah di pentas PKR terus diam apabila Ummi ajak dirinya berdebat.

Ummi Hafilda terus mendedahkan kelakuan jijik Anwar Ibrahim yang telah disembunyikan oleh Anwar adan keluarganya daripada pengetahuan rakyat. Ummi mengajak Anwar bersumpah jika benar dia tidak membalun Shamsidar Taharin dan Cina doll, Anwar terus diam tanpa menjawab, muka Anwar kelihatan merah padam dengan cabaran itu seolah-olah perkara yang disebut oleh Ummi Hafilda adalah benar.

Melihatkan Anwar semakin kurang bersemangat berceramah akibat tidak tahan dengan pendedahan itu, penyokong PKR cuba memasuki kawasan ceramah UMNO dengan membawa bendera dan beberapa batang kayu dengan tujuan untuk merusuh.

Akibat dari itu penyokong Umno terus membaling botol air untuk menghalang daripada penyokong Anwar memasuki kawasan ceramah Umno.

PKR menuduh pihak Umno memutuskan bekalan elektrik ke pentas ceramah Anwar tetapi bila diselidik sebenarnya sumber kuasa 'single phase' yang mereka ambil dari rumah penyokong tidak cukup untuk menampung kuasa kepada sistem pembesar suara dan lampu sehingga menyebabkan berlakunya litar pintas dan seterusnya memadamkan bekalan elektrik ke pentas.

Apabila pemimpin PKR terutamanya Anwar menuduh kejadian itu adalah perbuatan sabotaj UMNO maka beberapa penyokong Anwar mula berang dan terus menyerang kawasan ceramah UMNO yang berada kira-kira 20 meter sahaja daripada ceramah PKR.



(Video Ehsan Minaq Jinggo)

Keadaan menjadi kelam-kabut apabila Anwar mula memberi isyarat kepada penyokongnya supaya membuat sesuatu bagi menggagalkan ceramah Ummi Hafilda yang telah mendedah segala kejahatannya.

Ini adalah kali kedua Anwar mengarahkan penyokongnya bertindak merusuh d. Sebelum ini ia berlaku semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 setelah gagal memasuki kawasan dataran merdeka Anwar memberi isyarat kepada Azmin dan pemimpin AMK supaya memulakan rusuhan sehingga menyebabkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan parah pada 28 April yang lalu.

Dalam insiden itu, seorang warga emas PKR cuba memasuki kawasan ceramah Umno cedera selepas memanjat pagar setinggi 7 kaki.

Di pentas ceramah PKR, menyaksikan personaliti yang penuh dengan masalah moral yang pernah menjadi pelakon dalam video seks Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah cuba meneruskan ceramah yang menyaksikan hanya 300 orang sahaja penonton tetapi gagal. Anwar hanya bertahan setakat 10 minit sahaja lepas itu muknya sudah menjadi seperti muka syaitan akibat terlalu marahkan Ummi Hafilda.

Parasit Pas Khalid Samad turut berada di pentas PKR bagi menyatakan sokongan kepada Anwar - Sumber laporan Blog Pengundi Setia Sungai Rapat

PengundiBaharu: Dah balun Chinadoll, tipu rakyat dengan ayat AlQuran dan Bertakbir...

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...