Wednesday, January 25, 2012
BONGKAR: APABILA BARAT MULA HENTAM ANWAR...
Saya membaca dengan penuh minat tulisan Yusof Harun, kolumnis Sinar Harian, bertajuk “Media Barat mula hentam Anwar” yang menyentuh perubahan sikap media Barat terhadap Anwar Ibrahim.
Latar belakang penulis yang pernah menerbitkan buku, “Dialog Dengan Pemimpin”, 1986, Penerbitan Pena, di mana Anwar merupakan salah seorang yang disorotinya menjadikannya semakin kredibel untuk menulis tentang Ketua Umum PKR itu.
Sudah tentu penulis mampu membuat pengamatan kritis antara Anwar pada tahun 1980-an dengan masa kini.
Jadi tidak hairan penulis mengimbau kembali sokongan Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu terhadap reformasi yang dilaungkan Anwar sebagai modalnya untuk menentang bekas mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bukan setakat Al Gore, malah Madeline Albright, ketika itu Setiausaha Negara AS juga turut menyokong Anwar.
Jadi, sekiranya, Naib Presiden dan Setiausaha Negara AS sokong Anwar, maka tidak hairan agensi-agensi yang di bawah cengkaman AS, termasuk Bank Dunia dan IMF turut menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.
Sokongan padu James Wolfensohn, Presiden Bank Dunia dan Michel Camdesus, pengarah Urusan IMF ketika itu adalah bukti Anwar adalah blue eyes Barat.
Dalam ruangan komentar di Sinar Harian, penulis menjadikan pandangan majalah The Economist yang diterbitkan di England sebagai bukti Barat secara perlahan-lahan mula menolak Anwar.
Reputasi Tercemar
Kata majalah itu, “Although Mr Anwar remains a charismatic figure and a forceful speaker, his reputation has been tarnished“. Maknanya, Walaupun Anwar masih kekal sebagai tokoh berkarisma dan pemidato hebat, namun reputasinya telah tercemar.
Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” iaitu kini Anwar kurang dipercayai oleh golongan muda di Malaysia.
Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru, bakal pelapis pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.
“Rather than turning his party into a vibrant, modernising force in politics he has allowed it to become something of a family-run affair, riven by infighting“, Anwar sepatutnya menjadikan PKR sebagai sebuah parti politik yang terbuka dengan suntikan pelbagai idea segar, namun, sebaliknya beliau menjadikan parti itu hak keluarganya sendiri selain pelbagai masalah dalaman.
“Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN,” dakwa majalah itu.
Kritikan Konsisten
Kritikan The economist kepada Anwar bukan baru. Malah telah dimulai sejak Julai 2009.
“Butir-butir perkataan yang terbit dari lidah Anwar, yang cekap memberitahu penonton yang berbeza – golongan agama atau sekular – apa yang mereka suka dengar..Rakyat Malaysia akan datang mungkin akan bertanya secara jelas : Siapa dan apa sebenarnya pendirian Anwar ?”, kata majalah itu yang bertajuk "Malaysia’s chameleon - The rise, fall and rise of Anwar Ibrahim, South-East Asia’s most extraordinary politician"
Intonasi pendapat majalah itu pada tahun 2009, sama dengan sekarang, iaitu Anwar adalah individu yang tidak boleh dipercayai, bezanya dahulu lebih keras dengan menyamakan Anwar seperti seekor binatang ‘chameleon’ atau sesumpah yang boleh bertukar kulit mengikut suasana dan tempat.
Majalah itu membuat perbandingan pidato Anwar ketika bersama PAS dalam pilihanraya kecil di Kelantan dengan ketika berpidato di Perth, Australia.
Dua tempat yang berbeza, dua penonton yang berbeza dan dua versi yang berbeza, itulah ‘sesumpah’.
Anwar Tidak Relevan
Yusof Harun yang juga kolumnis Agendadaily turut membuat membuat ulasan susulan bertajuk “Semakin ramai yang sedar ‘wajah’ sebenar Anwar..”
“Dari aspek apapun, Anwar kini dilihat tidak lagi releven kepada barat dan kepentingan mereka malah ia dianggap liabiliti buat pembangkang dan rakyat yang memperjuangkan keadilan.
“Dulu, hal ini seperti suatu yang aneh kerana barat melalui media dan kuda- kuda tajaan, menggunakan platform media untuk menggerakkan pendapat pro Anwar. Maka kita lihat publisiti yang Anwar perolehi menjulang nama dan menaikkan imejnya menjadikan beliau seorang “tokoh reformasi” yang paling berpengaruh di dunia sebelah sini”, tulisnya.
Katanya, ada pendapat melihat Anwar yang pernah dilabel “fundamentalist” oleh barat tiba-tiba menjadi seorang yang liberalis berpunca dari tulisannya dalam majalah Time bertarikh 15 Oktober, 2001—selepas trajedi Sep 11.
Rencana Anwar bertajuk “Who hijacked lslam?” dimulakan dengan ayat seperti berikut:”Never in lslam’s history have the actions of so few of its followers caused the religion . . .”
Ringkasnya rencana itu antara lain menyalahkan tokoh-tokoh Islam, Osama Laden dan Atta sebagai pengganas yang menyebabkan serangan ke atas WTC. Jelas pemikiran Anwar melalui tulisan itu sealiran dengan dasar dan pendapat pembuat dasar di rumah putih.
“Anwar tidak peduli reaksi masyarakat lslam serta tokoh-tokoh lslam yang pernah dikenali berhubung tulisannya. Matlamatnya jelas bahawa ada pihak di AS akan memberi layanan positif kepada kerjaya politiknya kelak”, tegasnya.
Peralihan Paradigma
Daripada kedua-dua tulisan Yusof Harun itu dapat disimpulkan berlaku perubahan paradigma Barat menilai Anwar. Namun untuk meletakkan, pendapat Majalah Economist sebagai batu asas Barat mula menolak Anwar, perkara itu perlu dibahaskan lanjut.
Ada banyak lagi majalah yang berpengaruh di Barat khususnya AS, apakah mereka bersetuju dengan pendapat majalah Economist dari England ?
Majalah Economist pula mengkritik Anwar sejak tahun 2009, jadi pendapatnya bukan baru.
Malah bukan baru juga, apabila media Barat khususnya BBC mengkritik amalan kronisme dalam pengurusan PKR.
Memang ada keraguan di kalangan pengamal media Barat kepada Anwar, namun seperti kata Profesor Dr Chandra Muzaffar, politik AS memang begitu, kepelbagaian, tetapi kritikan dengan bantuan dana adalah dua perkara berbeza.
Anwar sendiri pun begitu, tidak peduli kritikan ulama Islam, apatah lagi kritikan dari sesetengah media, asalkan tidak menjejas bantuan dana yang disalurkan kepadanya.
Jika Anwar dikritik oleh badan-badan Yahudi yang ada kaitan dengan penajaan, barulah Anwar akan menyusun program memohon maaf.
Selagi Ketua Umum PKR tidak menyusun program “Anwar’s Apology Tour” seperti yang dilakukan Anwar dua tahun lepas, bermakna kritikan itu tidak memberi bekas kepadanya.
Polisi Dasar Luar AS
Polisi ‘reformasi’ dan ‘demokrasi’ anjuran Anwar sekitar akhir tahun 1990-an senada dengan polisi dasar luar AS di bawah Presiden Clinton/Al Gore.
Apabila Presiden Bush mengambil alih teraju kepimpinan AS, dia memperkenalkan polisi anti-teroris sebagai justifikasi pengeboman bangunan WTC (World Trade Centre), Anwar ketika itu menjadi banduan di penjara Sungai Buloh menyeludup rencana ‘Who Hijacked Islam‘ ke majalah TIME sebagai mengesahkan memang umat Islam adalah teroris.
Apabila Anwar keluar dari penjara September 2004, Ketua Umum PKR berhijrah ke AS dan menjadi mata rantai Presiden Bush melaksanakan polisi anti-teroris melalui naungan Paul Wolfowitz, ketika itu Penolong Setiausaha Pertahanan AS dan kemudian Presiden Bank Dunia.
Kemudian Presiden Barack Obama mengambil alih pemerintahan, diperkenalkan pula polisi ‘freedom’ dan ‘human rights’, Anwar yang kini Ketua Pembangkang di Malaysia turut melaungkan slogan yang sama.
Logo ‘Demi Rakyat’ dilancarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersempena dengan Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN pada Jun 2011 dengan simbol ‘tangan dan lima jari’ pun menyamai logo hak asasi yang diperjuangkan gay rights.
Barat Tinggalkan Anwar ?
Berdasarkan analisis ini, satu pertanyaan perlu dilontarkan semula, benarkah Barat kini sudah menjarakkan diri dengan Anwar ?
Kalau benar, kenapakah Human Rights Watch (HRW), satu organisasi yang berpengkalan di AS sekarang ini masih mengikuti perkembangan Anwar secara dekat ?
Mungkin juga, AS sebenarnya semakin dekat dengan Anwar seperti yang diisyaratkan oleh HRW, tetapi dalam ruang lain yang tidak disedari oleh rakyat Malaysia.
Dalam memahami konteks baru ini, laporan Siasahdaily wajar diberi perhatian.
“Gerakan gay di seluruh dunia kini mendapat perhatian khusus kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Presiden Barack Obama, yang menegaskan akan membantu usaha mempromosi hak gay di peringkat antarabangsa.
“Pentadbiran Obama dilapor akan menggunakan segala alat diplomasi AS termasuk bantuan kewangan untuk mempromosi isu yang dianggap sebahagian hak asasi manusia itu.
“Setiausaha Negara AS Hillary Clinton dalam satu kenyataan menegaskan akan memerangi usaha menyekat aktiviti homoseksual di peringkat antarabangsa”, lapornya.
Seperti dikata oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahya selepas menonton wawancara Anwar di BBC, 12 Jan, beliau hairan cara Anwar bercakap di Mumbai itu seolah-olah menunjukkan Ketua Umum PKR itu tidak memahami undang-undang Islam dan hukum-hakam Islam itu sendiri.
Anwar tentu arif maksud ustaz Fathul Bari itu. Jadi antara memilih dikecam oleh ulama-ulama Malaysia dengan dikecam oleh pembuat dasar luar AS, Anwar pilih yang mana satu ?
Adakah ini yang dimaksudkan ‘ruang baru’ yang belum disedari rakyat Malaysia ? - SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.