Wednesday, January 18, 2012

KHALID IBRAHIM SEBAGAI EXCO AGAMA ISLAM SELANGOR


[Gong Xi Fa Cai Khalid. Seronoknya Abang Khalid kita...]

Timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad yakin Menteri Besar Selangor membuat keputusan untuk mengambil alih portfolio hal ehwal Islam buat sementara waktu kerana untuk memberi masa kepada Dr Ahmad Yunus Hairi menyesuaikan diri sebagai exco.

"Potfolio tersebut membawa tanggungjawab yang berat dan memerlukan seorang exco yang dapat memberi tumpuan yang tidak berbelah bahagi," tulis Iskandar dalam laman facebooknya.

"Saya yakin menteri besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) akan menyerahkan potfolio tersebut kepada Dr Yunus pada masa yang sesuai," tegas beliau yang juga exco kerajaan negeri Selangor.

Iskandar juga yakin Dr Ahmad Yunus berupaya meneruskan perancangan dan kerja-kerja yang ditinggalkan oleh Datuk Dr Hasan Ali.

"Saya berharap orang ramai akan memberhentikan sebarang spekulasi berhubung portfolio yang penting ini," tambahnya.

Dr Ahmad Yunus yang juga ADUN Sijangkang dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Hasan yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

Dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Manakala portfolio mengenai hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid. - MalaysiaKini

3 comments:

  1. pemegang exco agama Islam s'gor sekarang pernah cadangkan wang zakat diberikan kepada bukan islam. boleh ke mcm tu? (mcm s'gor tiada sumber lain untuk bantu bukan muslim). kalau tahap pengetahuan ilmu agama pun boleh dipertikai, bagaimana nk memegang portfolio tersebut? konfiusnya. apa2pun pas telah dikeldaikan. tp percayalah, org pas tak akan marah kalau dikeldaikan oleh pkr atas arahan dap tetapi akan marah kalau digelar keldai oleh parti lawan. tak percaya? tunggu komen para pencacai pas lepas ni...

    ReplyDelete
  2. aaaiiikkk??? sampai hati khaled bagi PAS kerja jaga setor sukan je!!

    ReplyDelete
  3. Itu lah nasib lebai malang, setelah menerima sokongan dan undian padu dp penyokong PAS, maka sekarang lebai malang itu di tendang keluar.

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...