Wednesday, January 25, 2012

GEMPAR: UMI HAFILDA CABAR ANWAR IBRAHIM SAMAN DIA!


KUALA LUMPUR 25 Jan. - Saksi utama kes liwat pada 1998, Ummi Hafilda Ali sedia untuk disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atas segala pendedahan yang dilakukannya melibatkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Jelasnya, beliau termasuk beberapa individu lain yang pernah membuat pendedahan mengenai isu moral tersebut tidak pernah gentar dengan kemungkinan disaman Anwar.

''Saya dah ready (sedia). Tiada masalah (jika disaman Anwar). Pihak lain seperti Utusan Malaysia yang tak tahu secara mendalam tentang siapa Anwar, bolehlah dia (Anwar) guna mahkamah sebagai senjata.

''Untuk itu, saya cabar dia sumpah laknat dan heret saya serta yang lain seperti Datuk S. Nallakaruppan ke muka pengadilan.

''Itupun kalau dia berani. Tetapi, dalam hatinya, dia tahu apa yang kami tahu mengenai moralnya. Kalau dia saman saya, lagi dahsyat akan terdedah (isu moral),'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


[Setahun yang lalu Umi Hafilda juga telah buat cabaran yang sama]

Beliau mengulas tindakan beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencabar Anwar menyaman mereka dan bukan pihak lain termasuk media kerana mendedahkan isu moralnya.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara terawal mendedahkan persoalan moral serta akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Mengulas lanjut, Ummi Hafilda berkata, beliau berasa pelik dengan sikap Anwar yang selama ini popular dengan tagline 'lawan tetap lawan' tetapi bertindak 'menikus' apabila berhadapan dengannya dan Nallakaruppan.

''Oleh itu, jangan nak berlakon. Apa perkataan yang saya tak sebut tentang Anwar dalam ceramah. Tapi dia buat tak tahu sahaja. Mana tagline dia 'lawan tetap lawan'?

''Itulah, seperti yang saya katakan, dalam hati, dia tahu yang kalau dibawa ke tengah (saman di mahkamah), mungkin banyak lagi 'najis' yang keluar (pendedahan isu moral yang lebih dahsyat),'' ujarnya.

Beliau kemudiannya merujuk kepada kenyataan Anwar yang pernah melabel cabarannya untuk berdebat berhubung kebenaran kes salah laku seks sebagai 'soal nyamuk'.

''Saya masih ingat lagi dia berkata demikian. Hanya soal nyamuk. Di sini kita boleh lihat karakter sebenar Anwar yang entah ke mana hilangnya tagline 'lawan tetap lawan' yang selama ini diuar-uarkannya,'' tambahnya.

No comments:

Post a Comment

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...