Monday, January 23, 2012
Penguam Kanan: Anwar Dapat Hak Maksima Mahkamah, Bagaimana Pula Dengan Saiful?
AIDCNews – Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberi keadilan sepenuhnya oleh mahkamah dalam menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Datuk Salehuddin Saidin, pengamal undang-undang yang merupakan bekas pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara.
“Tangguhan sebanyak 56 kali atas pelbagai alasan, termasuklah alasan untuk mengenepikan hakim yang membicarakan kes tersebut.
“Setiap kali tangguhan dibuat, ianya dibawa ke Mahkamah Rayuan, dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. Bermakna proses dipatuhi mahkamah semaksima yang mungkin dan di sini dapat kita lihat bagaimana mahkamah telah memberi setiap ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan keadilan dicapai oleh beliau”, katanya, ketika sesi penerangan isu-isu semasa di Tadika Nuri, Seksyen 7, Shah Alam, 15 Jan.
Dalam menilai pengertian ‘keadilan’ itu, pengamal undang-undang itu bertanya, adakah keadilan yang sama juga diberikan kepada pengadu, Mohd Saiful.
“Sebenarnya ini adalah satu ketidakadilan yang telah berlaku (kepada Mohd Saiful)”, katanya.
Hak Saiful Merayu
Mengulas tentang keputusan mahkamah yang membuat keputusan Anwar dibebaskan dan dilepaskan, Salehuddin berkata Mohd saiful perlu diberi ruang untuk mendapatkan keadilan dengan merayu ke peringkat tertinggi.
“Saiful sebagai mangsa telah meletakkan hak dia kepada Timbalan Pendakwa Raya. Sebagai seorang mangsa, dia sepatutnya dibela hingga ke peringkat terakhir iaitu Mahkamah Persekutuan.
“Apabila Timbalan pendakwa Raya telah menuduh, kalau dia kalah, dia mesti rayu, sebab untuk menjustifikasi kenapa pada mulanya kita tuduh.
“Bila kita tuduh, kita menyakini bahawa ada kes. Bila kita dah bawa segala keterangan, menunjukkan bukti, kalau mahkamah yang satu ini (Mahkamah Tinggi) tidak mahu berstuju dengan pihak pendakwaan, ada hakim lagi di peringkat yang lebih tinggi, Mahkamah Rayuan ada tiga orang hakim yang akan mengadili keputusan mahkamah yang di bawah”, katanya.
Menurutnya setelah keputusan Mahkamah Rayuan membuat keputusan, sama ada menyebelahi Anwar atau Saiful, masih ada ruang lagi untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan yang akan dinilai oleh lima orang hakim.
“Seterusnya apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan sama ada menyebelahi Saiful atau Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada satu lagi peringkat iaitu Mahkamah Persekutuan yang dapat menentukan keputusan mahkamah bawah itu betul atau tidak.
“Jadi kalau satu (orang ) hakim membuat keputusan di Mahkamah Tinggi, ada tiga (orang) hakim yang buat penilaian di Mahkamah Rayuan dan ada lima lagi panel (hakim) yang akan menilai di Mahkamah Persekutuan.
“Proses undang-undang itu kalau dikuti, bermakna di akhir Mahkamah Persekutuan pastinya kedua-dua pihak mendapat keadilan sepenuhnya kerana kelapan-lapan hakim telah melihat setiap keterangan diberikan di mahkamah”, katanya.
Katanya tindakan Majlis Peguam menghalang kes itu dirayu sebagai menyekat proses keadilan dicapai untuk kedua-dua pihak.
“Malah Majlis Peguam kata tak perlu rayu. Mendesak Peguam Negara agar tidak merayu. Sepatutnya Majlis Peguam, bersikap nuetral, kalau you nak partisan itu you punya prinsip, tapi kalau you sebagai Majlis Peguam yang sepatutnya mendokong keadilan bagi setiap individu di negara ini, dia sepatutnya mengatakan hak Saiful untuk dibela sehingga ke peringkat yang terakhir.
“Inikah ini ? Inikah keadilan yang dituntut”, katanya.
Perbandingan Kes Liwat I
Menurutnya dalam kes liwat I, Anwar juga diberi peluang untuk merayu ke Mahkamah Rayuan dan Persekutuan setelah Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah kepadanya.
“Contoh yang paling baik adalah apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang pertama pada tahun 1999.
“Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka telah membuat keputusan Anwar bersalah meliwat Azizan pada ketika itu. Dia pun pergi Mahkamah Rayuan, boleh pula Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa itu..Apabila merayu ke Mahkamah Rayuan, mahkamah itu telah membuat keputusan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Seterusnya rayu lagi ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Mahkamah Persekutuan yang akhirnya Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan 2-1, mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar tidak bersalah.
“Bermakna proses undang-undang telah mengambil (tempatnya), iaitu pada peringkat pertama, disabitkan; kedua pun disahkan disabitkan, yang ketiga dia lepas..tidak pula dia kata pada ketika itu mahkamah tidak adil”, katanya.
Kes liwat I merujuk kepada Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan dituduh melakukan persetubuhan di luar tabii (meliwat) terhadap Azizan Abu Bakar di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa (apartment Sukma Darmawan), Jalan Medang Tanduk, Bangsar, Kuala Lumpur pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.
Pada 8 Ogos 2000, Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar bersalah meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan yang didakwa sebagai rakan subahat turut didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun dan sebatan empat kali.
Setelah Anwar dan Sukma merayu, pada 21 Januari 2004, Mahkamah Rayuan bersidang dengan persidangan tiga hakim diketuai oleh Hakim Datuk Pajan Singh Gill bersama dua lagi hakim lain, Hakim Datuk Richard dan Hakim Datuk Hashim Yusoff, sebulat suara menolak permohonan Anwar yang membawa maksud berpuas hati dan mengekalkan keputusan yang pernah dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Anwar dan Suka merayu lagi ke Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Persekutuan yang bersidang dengan panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Hamid Mohamad bersama dengan Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Hakim Datin Paduka Rahmah Hussain, pada 2 September 2004 sebulat suara mengesahkan mereka mempercayai kejadian liwat di antara Anwar, Sukma dan Azizan di Tivoli Villa benar-benar berlaku, tetapi membebaskan Anwar dan Sukma dengan alasan teknikal iaitu wujud elemen suka sama suka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.