Soalan: Assalamualaikum.... Saya ingin bertanya apakah hukumnya menyambut hari lahir secara besar-besaran dengan meniup lilin dan memotong kek disertai dengan lagu selamat hari lahir. Adakah ia bercanggah dengan cara Islam atau tidak?
Jawapan: Para fuqaha' sejak dulukala (bila Birthday Nabi saw (Maulid) disambut bermula abad ke 4H), tidak sepakat mengenai hukum birthday: ada yg keras mencegahnya dan ada yg mengharuskan kerana ia adat sahaja. Kami memilih pendapat Prof Dr al_Imam Abdallah Yusof alQaradawi dari Dhoha, Qatar, mujtahid yg masih hidup dan menyaksikan karenah birthday ini (Islam Online): Dr Qardhawi menggesa umat Islam meninggalkan amalan ini kerana ia tidak significant kerana peningkatan umur bukanlah suatu yg ganjil dan luarbiasa atau suatu achievement yg sukar diperolehi. Lebih dari 6 bilion umat manusia meningkat umurnya saban tahun dan ia bukanlah suatu yg perlu disambut kerana peningkatan umur ini terlalu rutin dan proses tabi'iy saban tahun sahaja. Lazimnya kita membuat kenduri atau sambutan kesyukuran bila kita dapat mencapai sesuatu kejayaan yg jarang2 dicapai oleh orang lain. WaLlahu a'alam
P/S: Birthday dibawa masuk oleh Kerajaan Fatimiyah di Egypt pada abad ke 4 H dan kemudian di Iraq (Mosul) oleh Syaikh Umar bin Muhammad bin Malla. Buku Maulid yg pertama dikarang oleh Hafiz bin Dahiya dgn jodol atTanweer fi Mawlidil Basyirin Nadzir. Maulid (Birthday) ini kemudian disambut oleh sultan dan pemerintah dan akhirnya umat Islam semakin menjadi-jadi menyambut upacara ini (Prof Syurbasyi, yas-aluunak) Sumber: AlAhkam.Net
Apa kata Nik Aziz pasal Maulid Nabi?
"Istiadat menyambut maulud baru timbul lepas pada 300 tahun atau 400 tahun lepas Nabi kita wafat, zaman Nabi tidak ada Maulud, zaman sahabat tidak ada maulud, zaman Tabiin tidak ada Maulud, kita buat Maulid ni pertamanya kerana kita nak bertanding dengan orang kristian… Kristian setiap 25 Disember mereka mengadakan Cristmas sambut hari lahir Nabi Isa. Betulke? ada manfaat buat maulud, atau ada benda lain yang lebih manfaat......" - Pok Nik
Kalau Najib ke, Mahathir ke aku tak heran. Tapi Pok Nik potong kek celebrate beday memang buat aku naik hairan...! Sebab dia pernah kata tak boleh sambut Maulid Nabi (Beday Nabi). Kalau sambut beday Nabi tak boleh. Kenapa Pok Nik potong kek tu...
Dah Nyanyok ke Pok Nik? Atau, kita perlu salahkan pengampu-pengampu Pok Nik?!
Epi besday to U tok guru..bila mau pencen tok ?
ReplyDeleteMungkin disebabkan oleh doa pemimpin terfitnah...
ReplyDeleteSa’ad bin Abi Waqas
Terkesan dengan fitnah tersebut,maka dia pun mendoakan orang tersebut dengan doanya: “Ya Allah, panjangkanlah umurnya, panjangkanlah kemiskinannya dan hadapkanlah ia ke dalam pelbagai fitnah.” Doa Sa’ad bin Abi Waqas dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Akhirnya, beberapa tahun kemudia, orang itu berdiri di jalan-jalan kota Kufah, dia meminta-minta kepada orang ramai dan menyentuh budak-budak perempuan dan mengekori mereka sambil berkata: “Aku orang tua yang mendapat musibah kerana doa Sa’ad.”