Sudah diketahui umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan apa sahaja termasuk mempergunakan orang lain untuk membuktikan bahawa dirinya menjadi mangsa konspirasi pihak tertentu.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, SD johari Yassin menyifatkan pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dapat memperbetulkan kekeliruan masyarakat terhadap apa yang berlaku sebelum ini mengenai Anwar.
“Bukan mudah bagi seseorang itu untuk membuat pengakuan terhadap apa yang dilakukan itu, apa yang berlaku itu membabit seseorang yang mempunyai nama besar, malah menjadi rujukan apabila bercakap mengenai Islam.
“Siapa tidak kenal Syeikh Yusof Al Qardawi, tokoh Islam dunia, dalam perkara ini ulama itu membuat penjelasan mengenai Anwar berdasarkan apa yang diberitahu oleh Zul kepada nya, beliaulah orang bertanggungjawab sehingga ulama itu mengeluarkan kenyataan yang kononnya Anwar difitnah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan Zulkifli bahawa beliau berasa berdosa kerana tidak memberitahu perkara sebenar kepada Syeikh Yusuf Al Qardhawi mengenai Anwar Ibrahim.
Johari berkata, pengakuan Zulkifli dapat memberi kesedaran kepada rakyat negara ini mengenai apa yang berlaku sebenarnya sehingga menyebabkan ramai yang mempercayai bahawa Anwar menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.
“Saya suatu ketika dahulu antara penyokong setia Anwar dan mempercayai dia menjadi mangsa konspirasi politik, apabila Yusof Al Qardawi buat kenyataan bahawa Anwar difitnah maka bertambahlah simpati kami kepadanya.
“Saya tinggalkan dan tidak menyokong Anwar selepas menyedari bahawa apa yang berlaku semua itu adalah sandiwara Anwar untuk memenuhi cita-cita peribadinya menjadi pemimpin besar.
“Bukan Yusuf Al Qardawi sahaja yang menjadi mangsa kepada Anwar, malah ramai lagi termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nit Mat yang tetap akan membela Anwar walau apa tuduhan dan dakwaan dilemparkan kepada Anwar, ini semua kerana kepentingan politik,” katanya.
Beliau berharap pendedahan Zulkifli itu dapat membuka mata kepada semua pihak bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan diri tidak bersalah dan mendapat simpati termasuk mempergunakan tokoh agama.
-------------------------------------
Seperti didedahkan bekas peguambela Anwar dalam kes Mahkamah Syariah, YB Datuk Zulkifli Noordin, pertemuan Anwar dengan Sheikh Qaradawi memang diatur yang bertujuan untuk mendapat keuntungan politik yang berpihak kepada Anwar.
Zulkilfi mendedahkan penipuan itu kerana ketika itu beliau merupakan salah seorang individu penting, peguam Anwar yang bertanggungjawab menyediakan soalan-soalan kepada Sheikh Qaradhawi.
Namun, dalam keghairahan melaporkan ‘berita besar itu’ organ PKR, Suara Keadilan melaporkan dua versi yang berbeza berkenaan pertemuan itu.
Suara Keadilan bilangan 212 melaporkan “Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Keadilan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berserta anak dan menantu menziarahi Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al Qaradawi sebelum beliau berlepas pulang.
Manakala Suara Keadilan bilangan 216, 19 – 26 Januari 2010 melaporkan “Dr Yusof Al Qaradawi ketika menziarahi Anwar Ibrahim sekeluarga di kediaman beliau, ditemani Dr Manuty, Zulkifli Noordin dan Kamar Ainiah”
Dua laporan yang menggunakan foto yang sama, tetapi laporan berbeza telah menimbulkan satu persoalan besar, siapa yang menziarahi siapa ?
Suara Keadilan bilangan 212 melaporkan Anwar sekeluarga yang melawat Dr Yusuf Al Qaradawi, tetapi Suara Keadilan bilangan 216 pula melaporkan sebaliknya, iaitu Dr Yusuf Al Qaradawi yang melawat Anwar sekeluarga.
Jadi siapa yang jemput siapa dan siapa yang melawat siapa ?
Foto bilangan 212 berwarna, tidak nampak wajah Zulkfli kerana ditindih dengan gambar kedua Anwar bersama Dr Yusuf Qaradawi. Tetapi nampak pula wajah anak Anwar, Ihsan yang sedang tunduk.
Manakala foto bilangan 216 hitam putih, nampak wajah Zulkfli, tetapi tidak nampak wajah Ihsan anak Anwar.
Mengesan secara teliti kedua-dua foto itu, mungkin dapat dibuat kesimpulan sama ada Dr Yusuf Qaradawi yang melawat Anwar atau sebaliknya.
Pertama perlu disoal, adakah gambaran bilik dalam kedua-dua foto itu adalah gambaran rumah Anwar atau hotel kediaman Dr Yusuf Qaradawi ?
Jika gambaran itu berbentuk rumah, maka sahlah Dr Yusuf yang melawat Anwar sekeluarga, tetapi jika gambarannya adalah sebuah hotel, maka sahlah Anwar sekeluarga yang melawat Dr Yusuf.
Persoalan kedua, adakah Anwar yang sering diwar-warkan sebagai bekas Presiden ABIM akan memakai kot dan bertie apabila menerima tamu tokoh ulama berkunjung ke rumahnya ?
Persoalan ketiga, adakah gaya hidup di rumah Anwar adalah gaya hidup Barat, iaitu tetamu perlu memakai kasut semasa memasuki rumah kediamannya, seperti ditunjuk oleh Dr Yusuf dan Dr Mohd Nur Manuty dalam foto bilangan 212.
Persoalan keempat, apabila Dr Yusuf Al Qaradawi keluar dari hotel kediamannya untuk menziarahi Anwar, apakah beliau tidak akan memakai kopiah atau serban, sebagaimana lazimnya?
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.