Ringkasan demo UPSI 01/01/2012
1. Seramai kira-kira 50 mahasiswa pro-SMM yang menjadi alat pakatan pembangkang berkumpul dan berdemontrasi di pintu masuk utama UPSI bermula kira-kira jam 1.30 pagi tadi. Turut serta Adam Adli dan pemimpin-pemimpin kanan kumpulan itu.
2. Sepasukan anggota polis dan FRU yang berkawal di sekitar UPSI sejak pagi tadi telah memberi amaran supaya kumpulan mahasiswa itu bersurai kerana demontrasi tersebut tidak mempunyai permit.
3. Namun penunjuk perasaan bukan sahaja berdegil, malah mencabar pihak polis dan bertindak agresif mahu memecahkan pintu masuk utama UPSI.
4. Tindakan itu memaksa pihak polis bertindak segera menyuraikan mereka dengan menyerbu kumpulan itu dan menangkap beberapa pemimpin kanan SMM, termasuk Adam Adli pada kira-kira jam 2.15 pagi.
5. Mereka terbukti bukan sahaja memperjuangkan isu kebebasan akademik, malah turut melaungkan slogan kepartian seperti 'hancur UMNO'.
6. Malahan beberapa pemimpin PKR dilihat turut memberi arahan dan tunjuk ajar kepada kumpulan mahasiswa itu, termasuk mengarahkan mereka berbaring di atas jalan raya ketika pasukan FRU tiba di lokasi tunjuk perasaan.
7. Apabila pihak polis memberi arahan supaya kumpulan itu bersurai, pemimpin-pemimpin PKR inilah yang terlebih dahulu menjauhkan diri dan meninggalkan mahasiswa itu berbaring di atas jalan raya, dan melihat dari jauh apabila pemimpin-pemimpin SMM ditahan pihak polis.
8. Tiada rayuan atau perbincangan dibuat oleh mereka dengan pihak polis bagi membela nasib mahasiswa yang ditinggalkan berhadapan situasi kelam kabut itu.
9. Ternyata kumpulan SMM ini hanya segelintir kecil di kalangan ribuan mahasiswa di negara ini.
10. Mereka sebenarnya tidak mewakili suara majoriti mahasiswa, jauh sekali suara orang muda yang menjadi tag line mereka.
11. Malahan ketika pihak polis berjaya menyuraikan demontrasi itu, sekumpulan mahasiswa UPSI yang menonton sejak awal telah bertepuk tangan sebagai tanda sokongan terhadap tindakan tegas pasukan keselamatan itu.
Pintu cermin sebuah klinik berhadapan UPSI dipecahkan oleh penyokong SMM kononnya mahu mendapatkan rawatan terhadap seorang rakan mereka yang cedera semasa pihak polis menyerbu dan menangkap pemimpin-pemimpin kanan kumpulan itu. Skrip lakonan yang sama seperti dilakukan oleh sifu mereka semasa Bersih 02. Harta benda menjadi mangsa mereka.
kredit to: Wangsa Setia.
No comments:
Post a Comment
PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.