Saturday, January 7, 2012

Liwat II : Akar Umbi PR Terkejut, Karpal Akhirnya Berhujah Suka Sama Suka



AIDCNews – 07/01/12 – Dua penulis pro Pakatan Rakyat terkasima dan menyalahkan Ketua Peguam Bela, Karpal Singh kerana menggunakan hujah ‘suka sama suka’ sebagai perisai utama untuk mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghadapi pertuduhan melakukan seks luar tabie terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

shalehudin.blogspot.com, blog pro PAS keliru kenapakah Karpal akhirnya menumpukan terhadap hujah-hujah yang mengesahkan kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku dengan menekankan aspek elemen suka sama suka.

“Sebagai seorang peguam kanan yang berpengalaman, penulis tidak rasa YB Karpal Singh mempunyai masalah untuk menggulung kes fitnah yang membabitkan Datuk Seri Anwar tanpa dalam masa yang sama, menimbulkan persoalan-persoalan yang boleh merosakkan dan menghancurkan karier politik Anwar di masa hadapan.

“Justeru, penulis tidak faham kenapa dalam penggulungan kesnya semalam (sebelum Timbalan Pendakwaraya mengambil tempat), Karpal lebih banyak menimbulkan hujah-hujah yang menjurus kepada kejadian liwat itu benar-benar berlaku tapi atas kapasiti suka sama suka, bukan secara paksa seperti yang didakwa Saiful.

“Penulis boleh faham tujuan Karpal membangkitkan perkara tersebut – untuk menimbulkan keraguan ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas Anwar seterusnya mencerahkan peluangnya untuk dibebaskan. Tetapi sedarkah Karpal bahawa perbuatannya itu hanya akan merosakkan karier politik Anwar dalam jangka masa panjang – kalau pun tidak ‘membunuhnya’ (karier politik) terus!!”, katanya.

Ketika mana shalehudin mengakui kehebatan Karpal Singh sebagai peguam veteran yang berkaliber, namun penulis pro PAS itu berpendapat pemilihan tema ‘suka sama suka’ akan membunuh karier politik Anwar dalam jangka masa panjang kerana Ketua Peguam Bela itu telah menggunakan medan mahkamah untuk mengesahkan Ketua Umum PKR adalah seorang peliwat.

“Tidak ada gunanya Anwar terlepas daripada pertuduhan yang ini tapi masyarakat kekal memandangnya sebagai peliwat. Rakyat hari ini semakin bijak, bukan seperti 20-30 tahun lepas ketika Karpal memulakan kariernya sebagai peguam. Ketika itu yang dilihat orang hanyalah keputusan bersalah atau tidak sahaja, alasan disebalik keputusan itu orang tidak peduli.

“Tapi hari ini berbeza keadaannya. Dengan akses internet yang meluas, rakyat boleh membaca alasan penghakiman yang membebaskan Anwar seperti mana keadaannya pada 2004 dalam perbicaraan fitnah liwat 1. Benar ketika itu Anwar dibebaskan tapi stigma masyarakat dan diapi-apikan oleh musuh Anwar ialah, Anwar dibebas secara teknikal (tarikh kejadian yang berubah-ubah), bukan kerana tidak meliwat.

“Bagi mengukuhkan tuduhan mereka, alasan penghakiman yang menjelaskan perkara tersebut dimuat turun dari internet dan digunakan secara meluas sebagai bukti untuk melengkapkan dakwaan bahawa Anwar sememangnya seorang peliwat (walaupun dibebaskan)”, katanya.

Menurutnya, soal teknikal yang dibangkitkan Karpal iaitu pertuduhan di bawah Seksyen 377B (Sukarela) atau 377C (Paksaan) tidak penting berbanding dengan persoalan paling utama iaitu benarkah Anwar meliwat Saiful.

“Rakyat hari ini mahukan satu penjelasan yang muktamad dari perbicaraan ini iaitu sama ada Anwar meliwat Saiful atau tidak. Soal secara paksa atau secara suka-suka ini bukan masalahnya, yang penting adakah kejadian liwat itu benar-benar berlaku. Menjadi tugas Karpal Singh sebagai ketua peguambela Anwar untuk memastikan bahawa dari segala apa segi pun Anwar bebas dari ‘bayangan’ liwat yang menghantuinya sejak 1998 lagi.

“Tambah buruk lagi kalau keputusan hakim nanti benar-benar menjadi seperti mana yang dihendaki oleh Karpal (liwat secara suka sama suka), Anwar masih lagi tidak terlepas daripada kemungkinan dituduh dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan pula”, katanya.

Peranan Karpal Dicurigai

shalehudin turut membangkitkan kebijaksanaan Anwar memilih Karpal Singh sebagai ketua pasukan peguam belanya, sedangkan rekod-rekod lampau membuktikan bahawa peguam veteran itulah yang mula-mula membangkitkan isu Anwar seorang peliwat di parlimen.

“Penulis dari dulu pun mempersoalkan kebijakan memilih Karpal Singh sebagai peguam untuk mengetuai kes Datuk Seri Anwar. Bukan soal kebolehannya tapi kerana Karpal mempunyai sejarah yang panjang membela tertuduh daripada pertuduhan tanpa mengambil kira kesan-kesan langsung selepas dari itu.

“Disamping ‘dosanya’ membangkitkan isu liwat Anwar di Parlimen pada 1997″, katanya.

Kredibiliti Karpal sebagai seorang peguam dan dalam masa sama seorang ahli politik turut dipersoalkan kerana dibimbangi ada usaha tersirat untuk ‘mengenakan’ Anwar sebagai bakal Perdana Menteri di negara ini.

“Yang penting pada Karpal (malah mana-mana pengamal profession perundangan sekalipun) ialah menang kes, soal ia akan mencemarkan imej tertuduh atau tidak selepas proses perbicaraan selesai, itu bukan masalah mereka. Asal duit masuk cukuplah.

“Sebagai peguam dan ahli politik dalam masa yang sama, Karpal perlu sedar bahawa tertuduh dalam kes ini bukan orang biasa, kita bercakap tentang bakal Perdana Menteri Malaysia dan imej sebagai peliwat ini tidak baik untuk dirinya dan negara ini.

“Kalau majoriti penduduk negara barat pun masih memandang hina amalan homoseksual dan pelakunya apatah lagi di Malaysia yang dihuni majoriti orang Melayu beragama Islam”, katanya.

Sementara itu, Azman Ariffin dari laman suarapakatanrakyat.com mengakui penggulungan kes liwat II tidak begitu baik.

“Komen-komen Karpal kepada media bila ditanya mengenai kes ini juga menunjukkan yang dia sudah putus asa. Sikap ini dapat dilihat dari tindakan Karpal menyerahkan penggulungan kepada dua peguam junior iaitu Sankara Nair dan Ram Karpal secara bergilir dan tidak melakukannya sendiri sehingga akhir sepertimana sepatutnya.

“Akibatnya, hujah penggulungan dilihat tidak konsisten dalam menyatakan pembelaan. Malah, kita juga amat terkejut apabila Karpal seolah-olah cuba menggambarkan yang kejadian liwat itu berlaku secara suka sama suka“, katanya.

Pembuktian Suka Sama Suka

Azman Ariffin mempertikaikan bentuk pembelaan Karpal yang berusaha mengesahkan kewujudan ‘elemen suka sama suka’ apabila sering berulang kali berhujah ‘kenapa Saiful tidak melarikan diri’

Malah katanya, Karpal turut mengukuhkan kejadian liwat itu berlaku apabila tidak mempertikaikan tentang kewujudan bahan pelincir KY Jelly dan mengesahkan keterangan ‘makan karipap’ dan ‘minum kopi’.

“Antara hujah yang digunakan ialah Saiful punya banyak peluang untuk keluar dari bilik tidur itu sebelum dakwaan liwat itu dilakukan dan beliau memilih untuk tidak berbuat demikian. Karpal langsung tidak mempertikaikan tarikh, masa dan tempat kejadian iaitu di unit 1151 walaupun cuba menimbulkan keraguan terhadap unit tersebut sebelumnya.

“Karpal juga tidak mempertikaikan dakwaan mengenai kewujudan KY Jelly dan bahawa Saiful makan karipap serta minum kopi selepas kejadian. Selain dari itu, penampilan Najwan Hilmi sebagai saksi pembelaa dan provokasi seolah-olah cuba untuk menggambarkan Saiful sebagai seorang gay hanya menguatkan lagi bahawa liwat benar-benar berlaku”, katanya.

Karpal Perangkap Anwar

Keterangan Anwar dari kandang tertuduh dan saksi-saksi pembela yang tidak kredibel juga dipersalahkan kepada Karpal.

“Pembelaan diri yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar dari kandang tertuduh di mana, pastinya atas nasihat dan hujah-hujah yang disediakan Karpal juga, tidak terdapat satu pun hujah yang menerangkan bagaimana konspirasi dilakukan sehingga membolehkan DNA Anwar dijumpai di dalam dubur Saiful. Malah, nasihat Karpal untuk membiarkan bela diri dilakukan dari kandang tertuduh yang tidak boleh disoal-balas juga jelas adalah satu nasihat yang salah.

“Karpal pula menyediakan hujah-hujah secara am sahaja dalam menafikan bukti saintifik yang dikemukakan pendakwa. Lebih dari itu, semua saksi pembela yang dibawa Karpal terbukti tidak punya kredibiliti dan kenyataan mereka dengan mudah boleh dipertikai dan dipatahkan oleh pendakwa.

“Satu persoalan yang bermain di kalangan penyokong Datuk Seri Anwar ialah, tidak mungkin Karpal tidak terlebih dahulu menyelidik latar belakang saksi-saksi pembela yang dikemukakannya. Apakah Karpal tersilap terlalu memandang rendah terhadap pihak pendakwa dan menyangka yang mereka tidak akan mampu mendedahkan latarbelakang yang meragukan saksi-saksi yang dikemukakannya? Inikah sikap peguam yang kononnya tersohor?.

“Politik apa yang dimainkan Karpal sehingga memerangkap Datuk Seri Anwar?”, katanya.

AIDCNews 5 Januari mendedahkan ‘strategi mengunakan hujah suka sama suka’ telah dimulakan Anwar sejak 7 Ogos 2008, ketika kes ini mula-mula disebut di mahkamah seksyen, Jalan Duta Kuala Lumpur.

Strategi Anwar itu turut disokong oleh orang kanannya, Azmin Ali.

Ketika Anwar membangkitkan ‘hujah suka sama suka’ itu, Karpal Singh masih belum menjadi peguam Anwar, sebaliknya Ketua Peguam Bela Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah.

Apabila Sulaiman Abdullah meletak jawatan sebagai Ketua Peguam Bela Anwar pada 14 Julai 2009, Karpal Singh dilantik Anwar untuk menjadi Ketua Peguam Belanya yang baru.

3 comments:

  1. penulis blog pro pr tu tak percayakah kuasa tuhan??kalau benda betul nak ditipu dan dipusing2kan akhirnya akan menjerat diri sendiri..banyak sangat penangguhan,byk tipu muslihat,akhirnya terjerat

    ReplyDelete
  2. 9 januari.....salah tak salah aku tak kisah...........yang aku nak tau ada tak kote anwar masuk jubor saiful....itu je...kalau betul...kita pakat fikir la...ye..kat malaysia aktiviti liwat ni kira salah...dan perlaku boleh di hadapkan ke mahkamah,.....aku baru tau....tapi tak pe aku tak pernah buat nak takut apa....

    ReplyDelete
  3. Kalau la anuar di bebaskan atas dasar suka sama suka, dia akan di cop sebagai seorang peliwat - apa pandangan ulama2 Pas tentang peliwat sebagai pemimpin- ada kah satu fatwa akan di keluarkan oleh Nik Aziz bahawa seorang peliwat boleh di terima sebagai pemimpin? Boleh ke orang malayu penyokong anuar yg terutama yg buta hati dan buta mata menirima nya? anda tentu tahu jawapan nya...

    ReplyDelete

PERINGATAN: PengundiBaharu tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman Blog ini. Ia pandangan peribadi pelawat blog ini dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Blogger. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...