Khalid Ibrahim MB Selangor dan menyandang Exco Agama Islam Selangor.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menafikan parti itu hilang portfolio agama Selangor apabila ia kini diletakkan terus bawah Menteri Mesar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, pihaknya masih berperanan besar apabila menteri Besar melantik ADUN Bangi Dr Shafie Abu daripada PAS sebagai pembantu exco agama, lapor Harakahdaily.
Sahabat blogger aku, AkarUmbi cakap dia nampak bawah Khalid Ibrahim adalah Gan Pei Nei (ADUN Rawang)...
AkarUmbi dalam blog, dia mengulas dengan berkata: "Namun, dalam menangani isu kepala babi di Masjid Nurul Iman, Exco Kerajaan Negeri Ronnie Liu menamakan ADUN Gan Pei Nei sebagai wakil kerajaan negeri dan bukannya Dr Shafie."
"Gua Ikhlas la cakap... Gua sebenar letih la dengan kelaku hang nie ANWAR.. bukan lu nie macam gila microphone laaa jugak macam sesetengah pimpinan yang lain tuu... cakap street to the point jaa tak yah madah-madah sangat.. bila madah-madah macam nie la jadinya... sebelum tu bab HOMOSEKSUALITY atau IKTIRAF GAY.. cuba tengok masa tuu berjabu dok kena tepis berita dari media pencacai.... sekarang ko buat pulak.... Gua rasa lepas nie jangan laa ketagih buat kenyataan sangat dah semak kepala dah nie...." - Blogger Pencacai Pakatan; AnakKedah007
Jangan rasa letih bela 'Calon PM pilihan Yahudi' tu. Lawan tetap lawan. PTUIH!
PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.
Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.
Beliau mendakwa ketua pembangkang itu itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.
"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach ro Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.
Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.
"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.
Ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.
Jelasnya, hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.
"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa.
Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.
Dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. - Bernama
Datuk Dr Hassan Ali meneruskan sesi ceramahnya pada malam ini yang diadakan di Seksyen 17 Shah Alam. Seramai hampir 5,000 orang telah hadir untuk mendengar ceramah dari Dr Hasan sendiri.
Semakin lama semakin ramai yang hadir, alhamdulillah berkat kesabaran YB Dr Hasan Ali dia kini tidak keseorangan seperti yang didakwa oleh Azmin dan parasit dalam Pas.
Hadirin yang adalh sebahagian yang menyokong Dr Hassan secara ikhlas untuk berjuang ke Jalan Allah bersama YB Datuk Dr Hasan Ali.
Kebanyakan yang hadir terdiri daripada penyokong Pas yang sudah pun berpaling tadah.
Dr Hasan berdoa bahawa demi Allah, demi Rasul pada malam yang hening ini marilah kita berjanji bahawa kita tidak akan sekali-kali memberi walau satu undi pun kepada DAP, kerana apa kerana DAP adalah musuh Islam. SELANJUTNYA KLIK DISINI
KUALA LUMPUR: Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush menyifatkan sebagai "pelik dan ganjil" kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual dengan Wall Street Journal bahawa beliau menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel.
"Kami terkejut dan terperanjat dengan kenyataan pelik itu bahawa beliau menyokong keselamatan Israel," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.
Abughoush berkata oleh kerana Palestin menjadi isu utama bagi semua umat Islam, dan Malaysia pula menjadi pendokong utama sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, maka adalah pelik dan ganjil apabila seorang pemimpin beragama Islam dari negara ini membuat kenyataan demikian.
"Kami tak tahu siapa sebenarnya yang memerlukan perlindungan keselamatan kerana hakikatnya Israel memiliki lebih 200 jenis senjata nuklear serta angkatan tentera yang dilengkapi senjata canggih.
"Kami tidak pasti adakah jaminan keselamatan perlu diberi kepada penakluk atau rakyat Palestin yang ditakluki, yang ditindas saban hari serta berdepan dengan tindakan yang bercanggah dengan undang-undang.
"Perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh kumpulan penakluk, yang mencabuli undang-undang kemanusiaan dan antarabangsa serta tidak menghiraukan usaha masyarakat antarabangsa untuk mewujudkan keamanan dan kestabilan di Timur Tengah," katanya.
Abughoush mengucapkan terima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman kerana menyatakan pendirian kerajaan Malaysia tentang perkara itu.
"Kami yakin kerajaan dan rakyat Malaysia yang berbudi tinggi akan terus memberi sokongan padu kepada rakyat Palestin serta perjuangan suci mereka," katanya.
Dalam kenyataannya pada Ahad, Anifah berkata tindakan yang disifatkan oleh Israel sebagai langkah yang perlu diambilnya untuk memelihara keselamatan negara itu termasuk melancarkan serangan besar-besaran terhadap Gaza; menangkap dan menahan rakyat Palestin tanpa bicara; membunuh rakyat Palestin termasuk pemimpin mereka melalui serangan misil dan bom; dan melaksanakan dasar bersifat menindas dan menekan rakyat Palestin seperti merampas rumah mereka dan membenarkan rakyat Israel membina penempatan haram di tanah milik penduduk Palestin.
Beliau berkata kerajaan Malaysia bukan saja tidak pernah menyokong sebarang tindakan-tindakan itu, malah berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk mengkritik dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas mencabuli undang-undang antarabangsa. - BERNAMA
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menolak mana-mana usaha untuk menyokong Israel apatah lagi untuk memberi perlindungan kepada golongan yang disifatkan beliau dilaknat oleh Allah. Malah tegas Nasrudin, sokongan terhadap Israel itu juga tidak layak dan tidak wajar diberikan sekali pun atas nama untuk mengambil hati Amerika Syarikat.
"Israel adalah sebuah entiti haram yang terlalu besar dosanya terhadap umat Islam seakidah dengan kita meskipun kita berada jauh di Tanah Melayu.
Terdahulu, Anwar Ibrahim dalam wawancaranya bersama The Wall Street Journal yang antara lain menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel atau khususnya rakyat Yahudi. Kenyataan tersebut membayangkan selama ini bahawa asas perjuangan PKR dan Pakatan Pembangkang dibiayai NGO’s Yahudi dan pro-Israel.
Biarpun kenyataan Nasrudin itu hanya mewakili Ketua Pemuda PAS, namun sehingga kini kepimpinan tertinggi PAS yang diketuai Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Mat Sabu masih berdiam diri. Apakah mereka takut mahu membuat kenyataan balas terhadap Anwar Ibrahim yang selama ini banyak membantu memberikan sumber kewangan kepada PAS untuk aktiviti politiknya.
KUALA LUMPUR, 28 Jan: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menarik balik hasrat beliau untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat," kata Anwar dalam sms beliau kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, peranan Presiden PAS itu kritikal buat pemuafakatan Pakatan Rakyat.
"Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat," tegas Anwar.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan di muka depan dengan tajuk Ustaz Hadi sedia undur diri. - HaprakDaily
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, kelmarin semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya beliau "mengkhianati aspirasi rakyat Palestin." - Sinar Harian
EEEEE... TAKUT NYA AKU DENGAN AMARAN ANWAR NIH!
NIH YANG KAU KATA SENDIRI KAT THE WALL STREET JOURNAL LA BRADER...
SIAPA YANG SUKA PUTAR BELIT SEBENARNYA NIH? JOM LAYAN...
ANWAR TAK BERBELIT-BELIT? WARTAWAN TAHU...
ANWAR KAU MEMANG KAKI BELIT!!!
ITU FASALLAH ADA YANG LABEL KAU SEBAGAI 'SESUMPAH'!
Setelah sekian lama mendiamkan diri di arena politik Tanah Air. Setahun yang lalu, Ummi Hafilda muncul semula dalam arena Politik dengan bermula dari rayuannya pada Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak yang merupakan Abang kandungnya sendiri...
Sehingga hari ini, pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh Ummi Hafilda (boleh lihat di YouTube) sehingga membuatkan orang ramai tertanya-tanya dengan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hanya berani menyaman Utusan Malaysia dan bukannya orang yang mendedahkan cerita berkenaan hal peribadai Anwar seperti Ummi Hafilda Ali ini.
Kini peminat, pengikut malah pengkritik Ummi Hafilda Ali boleh mengikuti perkembangan terkini beliau di Twitter http://twitter.com/ummihafilda
Apa yang menarik, dalam Twitter Ummi Hafilda yang pertama di hantar adalah berkenaan Azwan Ali (Sidang Akhbar Azwan-Umi berdamai) yang ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Seperti dibawah ini:
BETULLAH TUH. DAH LAMA PENCACAI UMNO KATA BAPAK ANWAR BIN IBRAHIM ATAU SINGKATANNYA B.A.B.I. ADALAH AGEN YAHUDI! CUMA BARUA PAKATAN SAHAJA YANG TAK MAHU PERCAYA... APA NAK BUAT...?
PENCACAI UMNO BUKAN CAKAP KOSONG JER OK! PENCACAI UMNO ADA BUKTI...! PENCACAI UMNO BAWA BUKTI TERBARU UNTUK TATAPAN BARUA PAKATAN YANG ADA DIBAWAH NIH:
Bahasa Inggeris: "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians. Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries. - Sorce
Bahasa Malaysia: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel," kata Encik Anwar, walaupun dia berhenti pendek berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang katanya kekal luar jangka ke atas Israel menghormati aspirasi rakyat Palestine. Malaysia secara konsisten tidak menhalin hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun terhad hubungan perdagangan yang wujud di anatara syarikat-syarikat swasta di kedua-dua negara. - Sumber
TAPI BARUA PAKATAN TAK AKAN TERIMA HAKIKAT SAMPAI MAMPUS PUNYA BAHAWA 'IMAM MAHDI' DIAORANG NIH ADALAH AGEN YAHUDI LAKNATULLAH SEBAB HATI DIAORANG DAH GELAP GELITA DAH...! APA NAK BUAT?
p/s: Mata satu bendera PKR tu ilham siapa...? Pencacai UMNO mesti cakap Anwar dapat idea daripada Yahudi...
Selama 16 tahun (1983-98) pmbkang cabar Anwar utk debat, jawab Anwar
"Saya tidak mahu debat dgn org gila. Klu saya debat, saya juga gila".
Dr Mahathir sifat cadangan platform Ketua Pembangkang cari populariti
ALOR SETAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak perlu melayan cadangan untuk mengadakan debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, kerana ia tidak memberi kesan untuk merubah pendirian pembangkang.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tidak ada keperluan Perdana Menteri berdebat dengan individu seperti Anwar kerana semua menyedari sikap Ketua Pembangkang itu yang suka memburuk-burukkan nama negara kepada dunia luar.
Beliau berkata, Anwar akan menjadikan pentas perdebatan berkenaan sebagai platform untuknya meraih populariti politik dengan mempamerkan sikap 'bengisnya'.
"Buat apa (debat) semua orang sudah tahu dan jika debat itu dibuat ia tak akan merubah pendirian mereka (pembangkang). Lainlah kalau dia (Anwar) sependapat dengan kerajaan berhubung isu dibangkitkan.
"Tak perlu layan orang seperti Anwar dan kalau buat pun semata-mata dia nak tunjuk bengis," katanya pada sidang media selepas Program Bicara Tokoh anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini, semalam.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian untuk menganjurkan perdebatan antara Perdana Menteri dengan Ketua Pembangkang berhubung dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara.
Ditanya sama ada cadangan debat berkenaan mampu menjadi transformasi politik baru dalam negara, Dr Mahathir berkata, rakyat negara ini sudah selesa dengan model politik sedia ada.
Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih relevan kepada pelajar yang tidak tahu menghargai peluang yang harus digunakan sebagai mahasiswa.
Katanya, kerajaan tidak pernah melarang pelajar mengadakan debat dalam kawasan universiti tetapi ia perlu dikawal.
"Lebih menyedihkan yang sering terbabit demonstrasi adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu. Justeru, bagi saya AUKU tak relevan jika mahasiswa tahu jaga diri," katanya. - Berita Harian.
KUALA LUMPUR 25 Jan. - Saksi utama kes liwat pada 1998, Ummi Hafilda Ali sedia untuk disaman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atas segala pendedahan yang dilakukannya melibatkan isu moral Ketua Pembangkang itu.
Jelasnya, beliau termasuk beberapa individu lain yang pernah membuat pendedahan mengenai isu moral tersebut tidak pernah gentar dengan kemungkinan disaman Anwar.
''Saya dah ready (sedia). Tiada masalah (jika disaman Anwar). Pihak lain seperti Utusan Malaysia yang tak tahu secara mendalam tentang siapa Anwar, bolehlah dia (Anwar) guna mahkamah sebagai senjata.
''Untuk itu, saya cabar dia sumpah laknat dan heret saya serta yang lain seperti Datuk S. Nallakaruppan ke muka pengadilan.
''Itupun kalau dia berani. Tetapi, dalam hatinya, dia tahu apa yang kami tahu mengenai moralnya. Kalau dia saman saya, lagi dahsyat akan terdedah (isu moral),'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
[Setahun yang lalu Umi Hafilda juga telah buat cabaran yang sama]
Beliau mengulas tindakan beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mencabar Anwar menyaman mereka dan bukan pihak lain termasuk media kerana mendedahkan isu moralnya.
Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.
Mereka menyuarakan rasa hairan dengan tindakan Anwar yang hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara terawal mendedahkan persoalan moral serta akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.
Mengulas lanjut, Ummi Hafilda berkata, beliau berasa pelik dengan sikap Anwar yang selama ini popular dengan tagline 'lawan tetap lawan' tetapi bertindak 'menikus' apabila berhadapan dengannya dan Nallakaruppan.
''Oleh itu, jangan nak berlakon. Apa perkataan yang saya tak sebut tentang Anwar dalam ceramah. Tapi dia buat tak tahu sahaja. Mana tagline dia 'lawan tetap lawan'?
''Itulah, seperti yang saya katakan, dalam hati, dia tahu yang kalau dibawa ke tengah (saman di mahkamah), mungkin banyak lagi 'najis' yang keluar (pendedahan isu moral yang lebih dahsyat),'' ujarnya.
Beliau kemudiannya merujuk kepada kenyataan Anwar yang pernah melabel cabarannya untuk berdebat berhubung kebenaran kes salah laku seks sebagai 'soal nyamuk'.
''Saya masih ingat lagi dia berkata demikian. Hanya soal nyamuk. Di sini kita boleh lihat karakter sebenar Anwar yang entah ke mana hilangnya tagline 'lawan tetap lawan' yang selama ini diuar-uarkannya,'' tambahnya.
Saya membaca dengan penuh minat tulisan Yusof Harun, kolumnis Sinar Harian, bertajuk “Media Barat mula hentam Anwar” yang menyentuh perubahan sikap media Barat terhadap Anwar Ibrahim.
Latar belakang penulis yang pernah menerbitkan buku, “Dialog Dengan Pemimpin”, 1986, Penerbitan Pena, di mana Anwar merupakan salah seorang yang disorotinya menjadikannya semakin kredibel untuk menulis tentang Ketua Umum PKR itu.
Sudah tentu penulis mampu membuat pengamatan kritis antara Anwar pada tahun 1980-an dengan masa kini.
Jadi tidak hairan penulis mengimbau kembali sokongan Al Gore, Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu terhadap reformasi yang dilaungkan Anwar sebagai modalnya untuk menentang bekas mentornya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bukan setakat Al Gore, malah Madeline Albright, ketika itu Setiausaha Negara AS juga turut menyokong Anwar.
Jadi, sekiranya, Naib Presiden dan Setiausaha Negara AS sokong Anwar, maka tidak hairan agensi-agensi yang di bawah cengkaman AS, termasuk Bank Dunia dan IMF turut menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.
Sokongan padu James Wolfensohn, Presiden Bank Dunia dan Michel Camdesus, pengarah Urusan IMF ketika itu adalah bukti Anwar adalah blue eyes Barat.
Dalam ruangan komentar di Sinar Harian, penulis menjadikan pandangan majalah The Economist yang diterbitkan di England sebagai bukti Barat secara perlahan-lahan mula menolak Anwar.
Reputasi Tercemar
Kata majalah itu, “Although Mr Anwar remains a charismatic figure and a forceful speaker, his reputation has been tarnished“. Maknanya, Walaupun Anwar masih kekal sebagai tokoh berkarisma dan pemidato hebat, namun reputasinya telah tercemar.
Anwar digambarkan sebagai “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysian.” iaitu kini Anwar kurang dipercayai oleh golongan muda di Malaysia.
Majalah itu juga berpendapat Anwar “has failed to nuture a new generation of opposition leaders,” atau gagal mempersiapkan generasi baru, bakal pelapis pemimpin pembangkang, khususnya dalam PKR.
“Rather than turning his party into a vibrant, modernising force in politics he has allowed it to become something of a family-run affair, riven by infighting“, Anwar sepatutnya menjadikan PKR sebagai sebuah parti politik yang terbuka dengan suntikan pelbagai idea segar, namun, sebaliknya beliau menjadikan parti itu hak keluarganya sendiri selain pelbagai masalah dalaman.
“Pembangkang di Malaysia kini terperangkap dengan (moral) Anwar sebagai pemimpin (selepas dibebaskan mahkamah). Anwar mungkin masih popular bagi sesetengah pihak, tetapi dia juga kini terlalu lemah untuk menumbangkan BN,” dakwa majalah itu.
Kritikan Konsisten
Kritikan The economist kepada Anwar bukan baru. Malah telah dimulai sejak Julai 2009.
Intonasi pendapat majalah itu pada tahun 2009, sama dengan sekarang, iaitu Anwar adalah individu yang tidak boleh dipercayai, bezanya dahulu lebih keras dengan menyamakan Anwar seperti seekor binatang ‘chameleon’ atau sesumpah yang boleh bertukar kulit mengikut suasana dan tempat.
Majalah itu membuat perbandingan pidato Anwar ketika bersama PAS dalam pilihanraya kecil di Kelantan dengan ketika berpidato di Perth, Australia.
Dua tempat yang berbeza, dua penonton yang berbeza dan dua versi yang berbeza, itulah ‘sesumpah’.
“Dari aspek apapun, Anwar kini dilihat tidak lagi releven kepada barat dan kepentingan mereka malah ia dianggap liabiliti buat pembangkang dan rakyat yang memperjuangkan keadilan.
“Dulu, hal ini seperti suatu yang aneh kerana barat melalui media dan kuda- kuda tajaan, menggunakan platform media untuk menggerakkan pendapat pro Anwar. Maka kita lihat publisiti yang Anwar perolehi menjulang nama dan menaikkan imejnya menjadikan beliau seorang “tokoh reformasi” yang paling berpengaruh di dunia sebelah sini”, tulisnya.
Katanya, ada pendapat melihat Anwar yang pernah dilabel “fundamentalist” oleh barat tiba-tiba menjadi seorang yang liberalis berpunca dari tulisannya dalam majalah Time bertarikh 15 Oktober, 2001—selepas trajedi Sep 11.
Rencana Anwar bertajuk “Who hijacked lslam?” dimulakan dengan ayat seperti berikut:”Never in lslam’s history have the actions of so few of its followers caused the religion . . .”
Ringkasnya rencana itu antara lain menyalahkan tokoh-tokoh Islam, Osama Laden dan Atta sebagai pengganas yang menyebabkan serangan ke atas WTC. Jelas pemikiran Anwar melalui tulisan itu sealiran dengan dasar dan pendapat pembuat dasar di rumah putih.
“Anwar tidak peduli reaksi masyarakat lslam serta tokoh-tokoh lslam yang pernah dikenali berhubung tulisannya. Matlamatnya jelas bahawa ada pihak di AS akan memberi layanan positif kepada kerjaya politiknya kelak”, tegasnya.
Peralihan Paradigma
Daripada kedua-dua tulisan Yusof Harun itu dapat disimpulkan berlaku perubahan paradigma Barat menilai Anwar. Namun untuk meletakkan, pendapat Majalah Economist sebagai batu asas Barat mula menolak Anwar, perkara itu perlu dibahaskan lanjut.
Ada banyak lagi majalah yang berpengaruh di Barat khususnya AS, apakah mereka bersetuju dengan pendapat majalah Economist dari England ?
Majalah Economist pula mengkritik Anwar sejak tahun 2009, jadi pendapatnya bukan baru.
Malah bukan baru juga, apabila media Barat khususnya BBC mengkritik amalan kronisme dalam pengurusan PKR.
Memang ada keraguan di kalangan pengamal media Barat kepada Anwar, namun seperti kata Profesor Dr Chandra Muzaffar, politik AS memang begitu, kepelbagaian, tetapi kritikan dengan bantuan dana adalah dua perkara berbeza.
Anwar sendiri pun begitu, tidak peduli kritikan ulama Islam, apatah lagi kritikan dari sesetengah media, asalkan tidak menjejas bantuan dana yang disalurkan kepadanya.
Jika Anwar dikritik oleh badan-badan Yahudi yang ada kaitan dengan penajaan, barulah Anwar akan menyusun program memohon maaf.
Selagi Ketua Umum PKR tidak menyusun program “Anwar’s Apology Tour” seperti yang dilakukan Anwar dua tahun lepas, bermakna kritikan itu tidak memberi bekas kepadanya.
Polisi Dasar Luar AS
Polisi ‘reformasi’ dan ‘demokrasi’ anjuran Anwar sekitar akhir tahun 1990-an senada dengan polisi dasar luar AS di bawah Presiden Clinton/Al Gore.
Apabila Presiden Bush mengambil alih teraju kepimpinan AS, dia memperkenalkan polisi anti-teroris sebagai justifikasi pengeboman bangunan WTC (World Trade Centre), Anwar ketika itu menjadi banduan di penjara Sungai Buloh menyeludup rencana ‘Who Hijacked Islam‘ ke majalah TIME sebagai mengesahkan memang umat Islam adalah teroris.
Apabila Anwar keluar dari penjara September 2004, Ketua Umum PKR berhijrah ke AS dan menjadi mata rantai Presiden Bush melaksanakan polisi anti-teroris melalui naungan Paul Wolfowitz, ketika itu Penolong Setiausaha Pertahanan AS dan kemudian Presiden Bank Dunia.
Kemudian Presiden Barack Obama mengambil alih pemerintahan, diperkenalkan pula polisi ‘freedom’ dan ‘human rights’, Anwar yang kini Ketua Pembangkang di Malaysia turut melaungkan slogan yang sama.
Berdasarkan analisis ini, satu pertanyaan perlu dilontarkan semula, benarkah Barat kini sudah menjarakkan diri dengan Anwar ?
Kalau benar, kenapakah Human Rights Watch (HRW), satu organisasi yang berpengkalan di AS sekarang ini masih mengikuti perkembangan Anwar secara dekat ?
Mungkin juga, AS sebenarnya semakin dekat dengan Anwar seperti yang diisyaratkan oleh HRW, tetapi dalam ruang lain yang tidak disedari oleh rakyat Malaysia.
Dalam memahami konteks baru ini, laporan Siasahdaily wajar diberi perhatian.
“Pentadbiran Obama dilapor akan menggunakan segala alat diplomasi AS termasuk bantuan kewangan untuk mempromosi isu yang dianggap sebahagian hak asasi manusia itu.
“Setiausaha Negara AS Hillary Clinton dalam satu kenyataan menegaskan akan memerangi usaha menyekat aktiviti homoseksual di peringkat antarabangsa”, lapornya.
Seperti dikata oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahya selepas menonton wawancara Anwar di BBC, 12 Jan, beliau hairan cara Anwar bercakap di Mumbai itu seolah-olah menunjukkan Ketua Umum PKR itu tidak memahami undang-undang Islam dan hukum-hakam Islam itu sendiri.
Anwar tentu arif maksud ustaz Fathul Bari itu. Jadi antara memilih dikecam oleh ulama-ulama Malaysia dengan dikecam oleh pembuat dasar luar AS, Anwar pilih yang mana satu ?
Adakah ini yang dimaksudkan ‘ruang baru’ yang belum disedari rakyat Malaysia ? - SUMBER
KUALA LUMPUR, Jan 25 — Sydney-based fashion designer Carl Kapp, drawn into controversial claims that Datin Seri Rosmah Mansor spent A$100,000 (RM325,000) on a shopping trip in Australia earlier this month, clarified today that he had never specified the amount spent in his store.
The South African-born Kapp acknowledged that the prime minister’s wife had visited his store in Paddington, Sydney as published recently in the Sydney Morning Herald.
“The party of Datin Sri (Seri) Rosmah came to our store in a sizeable group, and during their visit, members of the party, including friends and the Chairman and organiser of Islamic Fashion Festival (IFF) separately made various purchases,” he said in a statement to The Malaysian Insider today.
“I believe Datin Sri Rosmah is the patron for this Islamic Fashion Festival.
“The article also stated that I alluded to being ‘flown to Malaysia next month’ solely for the benefit of the Prime Minister’s wife.
“This is also inaccurate. Visits to various parts of Asia, including Malaysia, for the purposes of channel marketing for our merchandise and sourcing of materials for future products are a regular part of my work calendar and ordinary course of business.” He added that the newspaper article had unfairly given the impression that the Carl Kapp establishment was indiscreet and was willing to divulge personal and private information about clients.
“This is manifestly untrue, and we wish to state unequivocally that we value greatly the privacy of our clientele and would never violate their confidence under any circumstance,” he said.
Rosmah had on Monday dismissed claims of extravagant spending during a recent holiday in Sydney.
Several bloggers picked up the Sydney Morning Herald report that Rosmah had allegedly dropped an estimated RM325,000 in fashion designer Carl Kapp’s boutique during a private holiday a little more than a fortnight ago.
The paper reported Kapp as telling its ‘Private Sydney’ section that Rosmah “was absolutely gracious and very easy to deal with”, adding that she was nothing like the woman often portrayed by the local media for her extravagant lifestyle.
It was said that Kapp, who became suspicious of the identity of his mystery VIP customer when his Oxford Street store received a flurry of calls requesting valet parking for her limousine, said he was being flown to Malaysia next month with a collection of “toiles” for Rosmah to try on before completing her massive order of 61 dresses, pants, and tops.
TOLONGLAH JANGAN TANYA CARL KAPP SOALAN BODOH SEPERTI NI:
"BERAPA RINGGIT ANDA DIBAYAR OLEH ROSMAH?"
PATUT TANYA SOALAN BODOH NI PADA ANDREW HORNERY:
"BERAPA RINGGIT ANDA DAPAT DARI ANWAR IBRAHIM!"
SHAH ALAM - Ketua Audit Negara menegaskan memang terdapat beberapa kelemahan dalam projek ternakan lembu daging Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tetapi pihaknya tidak pernah menggambarkan ia "kucar kacir atau pun ada penyelewengan."
Justeru menurut Tan Sri Ambrin Buang, perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh Jabatan Audit Negara ialah pencapaian projek NFC sejak penubuhannya pada 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp.) sebagai sebuah syarikat.
Menurut beliau, NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd.
Isu NFC muncul kontroversi selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 diumumkan pada akhir Oktober lalu.
"Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar," kata beliau dalam satu kenyataan.
Sejumlah wang itu melibatkan peruntukan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian.
"Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir 2010 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja," katanya lagi.
Menurut beliau, geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada September 2007 dan setakat akhir 2010, sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.
"Pinjaman mudah juga telah diluluskan kepada NFCorp yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007.
"Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan," katanya.
Ambrin menambah, tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.
"Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawai-pegawai NFCorp semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011.
Katanya, berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini.
Selain itu, perbincangan menerusi 'Exit Conference' telah dibuat dengan wakil-wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek NFC sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Tegas beliau, analisis audit mendapati objektif projek NFC masih belum dicapai sepenuhnya.
"Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran NFC iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.
"Jika dibaca keseluruhan Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan," katanya.
Juster itu katanya, pada pendapat Jabatan Audit Negara, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
"Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan NFC sehingga satu kajian viabiliti dan model perniagaan dijalankan bagi projek ini?," katanya sambil menambah, perkara itu ada dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
"Ia membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini," katanya lagi. - SinarHarian
MAK LAMPIR DAN RAFIZI BERDEPAN DENGAN SAMAN RM100JUTA DARI SHAHRIZAT!
Rupa-rupanya, Andrew Hornery tersenarai di dalam 'Australia worst journalist' atau 'wartawan paling teruk di Australia' ! Beliau tidak layak dipanggil wartawan tetapi sekadar tukang gossip liar!
Malah terdapat artikel yang menganggap Andrew Hornery sebagai 'Gossip Queen of The Sydney Morning Herald'. Mat Salleh ini lelaki tetapi kenapa dipanggil 'Queen' atau 'Ratu'.
Yang lebih memeranjatkan ialah tukang gossip yang tidak boleh dipercayai yang juga salah seorang wartawan paling teruk di Australia adalah seorang gay ! Ya betul...gay !
Apa yang jadi lebih kelakar adalah, pembangkang dan portal berita mereka gunakan reporter mamat Andrew ini yang latarbelakangnya amat meragukan untuk menjalankan agenda politik mereka. Sungguh terdesak pembangkang sekarang ini, "any Tom Dick and Harry" also can-lah.
Tapi rilek bro, apa yang menarik lagi tentang Andrew Hornery ini atau Andrew "Horny" adalah dia ini dikenali dikalangan dunia gossip Sydney dan kewartawanan Australia sebagai "OPENLY GAY TRANSSEXUAL". Andrew ini memang kerap menulis tentang apa yang berlaku di dalam dunia Gay dan Lesbian. Itu adalah makanan harian dia. Kalau dah Gay, memanglah dia je yang lebih tahu tentang komuniti Gay jugak. Kalau betul mamat ni Gay, maka pembangkang akan berhadapan dengan masalah yang amat besar.
Pembangkang kena explain kenapa seorang Gay digunakan untuk membantu strategi politik pembangkang yang "Gay Friendly. " Pembangkang juga kena beritahu sama ada Anwar kenal tak dengan mamat Andrew Hornery ni. Kedua-dua lebih kurang sama je haluannya, mungkin kenal kot?
Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.
"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?
"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.
Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".
Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. - MalaysiaKini
Rupa-rupanya artikel tentang Rosmah Mansor di dalam blog fesyen milik Patty Huntington. Nama blog tersebut ialah frockwriter. Sumber nie yang Andrew Hornery kata 'bukti kukuh' tu?
Dalam statement awal Rosmah dalam TheSunDaily dia ada cakap: "The Australian designer will be making a statement soon." So, tunggulah apa respond designer yang diheret sekali dalam konflik nieh.
Apapun dua blogger cilaka bawah nieh muka lebih kurang je, sama bapak ke?
Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.
"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dan The Sun ketika ditemui dalam sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur.
"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.
Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.
Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. - MalaysiaKini
INI BUKAN KALI PERTAMA KAK ROS KENE FITNAH MACAM NIH.
DULU, ROSMAH PERNAH KENA DENGAN SURAT KHABAR AUSTRALIA. PUAK PEMBANGKANG SERONOK CANANG SANA SINI...
ADA BLOGGER PEMBANGKANG YANG BEBAL TANYA KENAPA KAK ROSMAH TAK SAMAN AKHBAR TU... KAU INGAT DENGAN MENYAMAN AKHBAR TU BOLEH SELESAIKAN MASALAH KE?
ANWAR SAMAN UTUSAN. TAPI PUAK PEMBANGKANG ADA TANYA KENAPA ANWAR TAK BERANI SAMAN PAPAGOMO, UMI HAFILDA, EZAM?